Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

206) KAWASAN EMPANGAN SIMPANAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kawasan empangan air di Selangor diwartakan?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telahpun mewartakan kesemua tujuh (7) kawasan empangan di Negeri Selangor sebagai kawasan Zon Perlindungan Kawasan Tadahan Air Empangan (KTAE) di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Keperincian senarai warta kawasan KTAE ini adalah seperti di

    Lampiran A.

    SENARAI EMPANGAN DI NEGERI SELANGOR : MAKLUMAT PEWARTAAN KAWASAN TADAHAN AIR EMPANGAN

     

    BIL. NAMA KAWASAN TADAHAN AIR  EMPANGAN NAMA WARTA SEBAGAI ZON PERLINDUNGAN MUKIM DAERAH KELUASAN (HEKTAR) WARTA JUPEM WARTA NEGERI
    ZON PERLINDUNGAN BADAN AIR TARIKH WARTA JUPEM NO. WARTA JUPEM TARIKH WARTA NEGERI NO .WARTA NEGERI
    1. KTA Empangan Semenyih Pelan Menunjukkan KTA Empangan Semenyih, Mukim Hulu Langat dan Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat Hulu Langat &  Semenyih Hulu Langat                5,692.45 300.73 02.08.2010 PW 1559 2.12.2010 No. 3959
    2. KTA Empangan Sungai Selangor Pelan Menunjukkan KTA Empangan Sungai Selangor, Mukim Peretak, Daerah Hulu Selangor Peretak Hulu Selangor              20,219.00 509.09 02.08.2010 PW 1558 2.12.2010 No. 3959
    3. KTA Empangan Langat Pelan Menunjukkan KTA Empangan Langat, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Hulu Langat Hulu Langat                3,905.81 201.01 02.08.2010 PW 1557 2.12.2010 No. 3959
    4. KTA Empangan Tasik Subang Pelan Menunjukkan KTA Empangan Tasik Subang, Mukim Petaling, Mukim Jeram dan Mukim Ijok, Daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor Petaling, Jeram & Ijok Petaling & Kuala Selangor                1,080.83 81.02 02.08.2010 PW 1561 2.12.2010 No. 3959
    5. KTA Empangan Sungai Tinggi Pelan Menunjukkan KTA Empangan Sungai Tinggi, Mukim Hulu Bernam dan Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor Hulu Bernam & Sungai Tinggi Hulu Selangor                3,962.00 804.85 02.08.2010 PW 1560 2.12.2010 No. 3959
    6. KTA Empangan Klang Gates Pelan Menunjukkan KTA Empangan Klang Gates, Mukim Setapak dan Mukim Ulu Klang, Daerah Gombak Setapak & Ulu Klang Gombak                7,560.00                   202.59 17.7.2009 PW 1526 2.12.2010 No. 3959
    7. KTA Empangan Batu Pelan Menunjukkan KTA Empangan Batu, Mukim Batu dan Mukim Setapak, Daerah Gombak Batu & Setapak Gombak                5,059.00 254.62 17.7.2009 PW 1527 2.12.2010 No. 3959

     

    Tarikh Kemaskini Maklumat : 17 Julai 2019

     

     

  2. Berapakah keluasan kawasan yang diwartakan empangan air di Semenyih?

    Keluasan kawasan yang diwartakan bagi Empangan Sungai Semenyih adalah seluas 5,692.45 hektar iaitu bagi keseluruhan kawasan zon perlindungan termasuk keluasan badan air empangan. Untuk keluasan kawasan badan air empangan sahaja melibatkan keluasan 300.73 hektar.

Lampiran

Tiada Lampiran.