Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
51) KAWASAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai perkhidmatan Wifi Selangorku percuma di seluruh negeri dan DUN Bandar Utama.
WiFi Smart Selangor sedang dalam proses penjajaran semula dan ditambahbaik mengikut kelulusan mesyuarat MMKN ke-25/2020 pada 8 Julai 2020. Kluster-kluster yang telah diluluskan adalah pendidikan, kesihatan, keagamaan, dan komuniti dengan tumpuan ke kawasan luar bandar dan kumpulan sasaran B40 dan M40.
Senarai terkini 3 lokasi WiFi Smart Selangor di DUN Bandar Utama adalah seperti berikut:
I. Masjid Aminah Al-Muhairi, Jalan SS2/4 47300 Petaling Jaya, Selangor
II. Masjid Al-Ehsan, Jalan SS4A/4 47301 Petaling Jaya, Selangor
III. Masjid Al-Ma’muriah, Jalan Masjid Kg Kayu Ara 47400 Petaling Jaya Selangor
Senarai 641 lokasi perkhidmatan WiFi Smart Selangor di seluruh Negeri Selangor adalah seperti di lampiran. -
Adakah terdapat kaji selidik mengenai tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan Wifi Selangorku?
Ya, Kerajaan Negeri Selangor melakukan kaji selidik tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan WiFi Smart Selangor. Kaji selidik ini dilakukan secara berkala iaitu 2 kali setahun. Pada tahun 2019, hasil kaji selidik mendapati tahap kepuasan pengguna adalah setinggi 93% iaitu mempunyai peningkatan sebanyak 2% berbanding kaji selidik yang telah dilakukan sebelum ini pada 2018. Bagi tahun 2020, kaji selidik akan dilakukan pada bulan Disember.