Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
345) KAWASAN BROWNFIELD
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kaedah penyelesaian awal dalam jangka masa 3 tahun untuk menangani isu kawasan-kawasan brownfield di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Batang Kali?
Pihak MPHS bersama – sama PlanMalaysia Selangor telah menyediakan Pelan Tindakan Khas bagi kawasan Brownfield Bukit Beruntung bagi membangunkan semula kawasan – kawasan yang terbiar dan tidak dibangunkan. Di dalam pelan berkenaan telah digariskan potensi – potensi dan kaedah bagi membangunkan semula kawasan berkenaan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memajukan kawasan-kawasan brownfield di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Batang Kali dalam tempoh masa 3 tahun?
Pihak MPHS bersama pihak Invest Selangor giat menarik pelabur – pelabur terutama pelabur industri bagi membuka kilang di kawasan Bukit Beruntung / Bukit Sentosa dan sekitarnya terutama di kawasan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah. Dengan kemasukkan pelabur ini akan mewujudkan kesan sampingan dari segi tarikan penduduk dan perniagaan. Selain itu pihak MPHS juga berbincang bersama agensi – agensi kerajaan bagi menambah atau menyediakan kemudahan infrstruktur terutama kemudahan kesihatan dan keselamatan di kawasan Bandar Bukit Beruntung / Bukit Sentosa. Dengan penyediaan kemudahan ini akan memberi keyakinan kepada penduduk untuk berpindah ke kawasan ini.