Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

71) KAWASAN BERPENDUDUK DI SELANGOR YANG TIADA PERKHIDMATAN INTERNET 4G

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Antara perancangan yang sedang rancak dilaksanakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi bermula dari September 2020 sehingga penghujung tahun 2022 ialah pembinaan 345 menara baru di kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan kampung serta naiktaraf 6,803 stesen pemancar 4G. Apakah status sekarang?

    Menurut data laporan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), secara umumnya liputan jalur lebar 4G di kawasan berpenduduk di Selangor adalah pada tahap 99.78% setakat suku keempat tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak +0.18% berbanding 99.60% pada suku ketiga 2021 bagi kawasan berpenduduk di luar bandar dan pedalaman. Berikut adalah status liputan 4G bagi setiap daerah di Selangor:

     

    Menerusi pelan JENDELA, penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara berfasa akan memberikan pengalaman yang sama rata di kawasan bandar dan di luar bandar.

    Sehingga suku keempat 2021 bagi negeri Selangor, kawasan yang masih belum mempunyai liputan 4G adalah sekitar 0.22 % peratus sahaja. Adalah menjadi matlamat di dalam inisiatif JENDELA untuk memastikan keseluruhan kawasan berpenduduk mendapat liputan 100% pada 2025 menerusi kerjasama bersepadu dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.