Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

98) KAWASAN BERPENDUDUK DI SELANGOR YANG TIADA PERKHIDMATAN INTERNET 4G

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan berpenduduk di Selangor yang tidak mempunyai perkhidmatan internet 4G.

    Menurut data laporan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), secara umumnya liputan jalur lebar 4G di kawasan berpenduduk di Selangor adalah pada tahap 99.60% setakat suku ketiga 2021 termasuk di kawasan berpenduduk di luar bandar dan pedalaman. Berikut adalah status liputan 4G bagi setiap daerah di Selangor.

     

    Negeri Daerah % Pop Liputan LTE 4G
     

     

     

     

    Selangor (99.60%)

    Gombak 99.66 %
    Klang 99.77 %
    Kuala Langat 99.00 %
    Kuala Selangor 98.81 %
    Petaling 99.96 %
    Sabak Bernam 98.26 %
    Sepang 99.57 %
    Hulu Langat 99.74 %
    Hulu Selangor 96.85 %

     

    Kawasan yang masih belum mempunyai liputan 4G adalah sekitar 0.4% sahaja. Mengikut perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dirancang pada September 2020, menjelang 2025 keseluruhan kawasan berpenduduk di Selangor akan mendapat liputan 4G 100%.

     

    Menerusi pelan JENDELA, penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan di Negeri Selangor secara berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama rata antara kawasan baandar dan luar bandar. Antara perancangan yang sedang rancak dilaksanakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi bermula dari September 2020 sehingga penghujung tahun 2022 adalah seperti berikut :

     

    • Pembinaan 345 menara baru di kawasan bandar, pinggir bandar dan kawasan kampong
    • Menaiktaraf 6,803 stesen pemancar 4G

Lampiran

Tiada Lampiran.