Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

230) KAWALAN PENYAKIT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penjelasan Exco Kesihatan mengenai kawalan penyakit bawaan pekerja asing seperti TB, malaria dan Ebola?

    Untuk penyakit TB dan Malaria, kawalan penyakit bawaan pekerja asing diperingkat kemasukan mereka adalah melalui saringan Foreign Workers Medical(FOMEMA).

    Manakala untuk kes penyakit EBOLA, saringan kesihatan di jalankan di kesemua pintu masuk Antarabangsa (PMA) sehingga 24 jam. Semua pengembara yang melalui PMA akan disaring dan dan dirujuk ke hospital jika didapati bergejala manakala mereka yang tidak bergejala akan dipantau status kesihatan selama tempoh 21 hari oleh petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

  2. Sejauh mana kawalan yang dilakukan di Selangor?

    Tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan kesihatan negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Penyakit TB:

    Program kawalan TB di kalangan warga asing dilaksanakan mengikut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perkhidmatan yang dilaksanakan:

    • Penyiasatan kes-kes yang dinotifikasi oleh mana-mana fasiliti
    • Penyiasatan kes-kes yang dilaporkan melalui saringan FOMEMA (pengesahan kes, status pesakit).
    • Pengesanan kontak kepada kes TB: seisi rumah, tempat kerja, tempat bersosial yang kerap dikunjungi dan teman
    • Saringan TB di kalangan kontak kepada kes TB secara berkala 0, 3, 6 dan 12 bulan, dalam tempoh 2
    • Melatih anggota kesihatan kerajaan dan swasta secara berterusan melalui seminar, kursus, taklimat, hands-on
    • Saringan TB di kalangan kumpulan berisiko tinggi seperti pelatih baru Pusat Cure & Care, banduan baru penjara, penghuni rumah jagaan warga emas, pesakit diabetes, pesakit yang menerima hemodialisis

    Terdapat beberapa aktiviti khas yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (bukan polisi nasional) bagi mengekang penularan penyakit TB di kalangan penduduk Selangor, termasuk warga asing.

    • Program COMBI-TB (Komunikasi Bagi Perubahan Tingkahlaku terhadap Penyakit TB) di kawasan-kawasan/ kelompok berisiko tinggi seperti penempatan PPRT, setinggan, rumah kongsi, kilang
    • Program ICF-TB (Intensifying Case Finding TB) di kawasan-kawasan/ kelompok berisiko tinggipenempatan PPRT, setinggan, rumah kongsi, kilang
    • Menjalankan saringan Penyakit TB di rumah-rumah kongsi semasa mengambil ujian darah bagi Penyakit Malaria dan Filaria (Untut).
    • Melaksanakan Program Public-Private Mix bagi memberi lebih akses kepada semua penduduk Selangor termasuk warga asing dengan kerjasama Klinik Swasta
    • Saringan TB di kalangan pekerja kilang dan pekerja
    • Penyakit Malaria:

    Antara aktiviti kawalan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    • Survelan Malaria melalui untuk kumpulan berisiko tinggi terutama pekerja asing dari negara endemik malaria yang bekerja/ tinggal di ladang-ladang, kuari, tapak binaan dan lain-lain kawasan berisiko. Dalam aktiviti tersebut, pemeriksaan darah dijalankan untuk mengesan kes malaria
    • Survelan dan Kawalan Vektor dijalankan di kawasan berisiko tinggi untuk mengenalpasti kewujudan tempat-tempat pembiakan nyamuk anopheles (vektor malaria). Aktiviti semburan, larvaciding dan pemberian kelambu berubat dijalankan di kawasan yang dikenalpasti kewujudan

     

    • Aktiviti Pendidikan Kesihatan dijalankan dikalangan pekerja asing yang tinggal/ bekerja di kawasan berisiko tinggi melalui taklimat ringkas dan pemberian risalah yang

     

    • Memastikan semua kes malaria yang dikenalpasti diberi rawatan di hospital kerajaan/swasta dengan sempurna

    Penyakit Ebola:

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mempertingkatkan aktiviti-aktiviti kawalan seperti:

    • Mempertingkatkan aktiviti saringan kesihatan di kesemua pintu masuk Antarabangsa (PMA) sehingga 24 jam. Semua pengembara yang melalui PMA akan disaring dan dan dirujuk ke hospital jika didapati bergejala manakala mereka yang tidak bergejala akan dipantau status kesihatan selama tempoh 21 hari oleh petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal Sehingga hari ini, seramai 510 pengembara termasuk anak kapal dari negara Afrika Barat yang terlibat telah disaring di PMA KLIA dan kesemua mereka didapati tiada gejala jangkitan Ebola.
    • Bekerjasama dengan semua universiti tempatan (swasta dan awam) yang mempunyai pelajar dari negara-negara Afrika Barat yang terlibat untuk memastikan mereka dapat melaksanakan langkah pengukuhan saringan kes pesakit disyaki dijangkiti virus
    • Memberikan khidmat nasihat kepada pihak Penjara Sungai buloh, Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan Ebola di kalangan banduan yang berasal dari negara-negara Afrika Barat yang
    • Mengedarkan bahan hebahan pendidikan penyakit virus Ebola kepada orang awam
    • Mengedarkan Garis Panduan pengurusan jangkitan virus Ebola di Malaysia untuk rujukan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan untuk memastikan mereka dapat melaksanakan langkah pengukuhan saringan kes pesakit disyaki dijangkiti virus
    • Latihan simulasi Ebola peringkat Negeri Selangor telah dijalankan pada 14 – 16 Oktober 2014 yang melibatkan beberapa Pejabat Kesihatan Daerah dan hospital di negeri Selangor. Latihan ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan menghadapi penularan jangkitan Ebola dalam kalangan fasiliti kesihatan khususnya dalam merawat pengembara yang  tiba  dari  negara terbabit.
  3. Statistik terkini tentang jangkitan yang direkodkan.

    Statistik terkini jangkitan yang di laporkan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    Penyakit

     

    2014

     

    2015

    TB 4365 699
    MALARIA 326 22
    EBOLA 0 0

Lampiran

Tiada Lampiran.