Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
99) KAWALAN PENCEGAHAN KEBUN DAN RUMAH TERBIAR KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah peraturan dan kesalahan yang akan dinotiskankan atas pemilik?
Tanah berimilik perlu diurus dan diselenggara berdasarkan syarat nyata yang telah dikenakan. Sebarang pelanggaran berbangkit daripada syarat tersebut boleh dikenakan tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat tersebut.
Namun, sebarang tindakan pelanggaran syarat yang akan dikenakan perlu melalui proses penguatkuasaan yang telah ditetapkan berdasarkan Seksyen 127 KTN. Seperti siasatan ke atas tanah atau struktur yang terbiar tersebut telah melanggari syarat nyata yang ditetapkan atau tidak.
-
Apakah tindakan lanjut jika pemilik tidak membersih atau memulih kawasan setelah menerima notis?
Jika siasatan mendapati syarat nyata tanah tidak dipatuhi, tindakan pelanggaran syarat boleh dikenakan di bawah seksyen 127 KTN. Seperti contoh, syarat nyata yang dikenakan merupakan pertanian dan hasil siasatan mendapati tanah tersebut digunakan untuk mendirikan restoren perniagaan. Oleh yang demikian, notis 127, KTN akan dikemukakan bersama tempoh pemulihan tanah kepada pemilik. Kegagalan pemulihan seperti tempoh yang diberi akan melalui proses pelucuthakan tanah tersebut.