Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

97) KAWALAN PEMBIAKAN ANJING LIAR DI KAWASAN KEDIAMAN DUN MERU

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada kaedah lain selain penangkapan anjing liar?

    Kaedah-kaedah lain yang dijalankan selain penangkapan anjing terbiar yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-

    Program Pelesenan Anjing Peliharaan

    • Untuk mengawal pemilik memelihara anjing mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang dan mematuhi Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.
    • Program Adopsi Anjing
    • Untuk mengurangkan masalah anjing terbiar di kawasan Majlis Perbandaran Klang dan membantu mengurangkan pembiakan anjing terbiar.
  2. Adakah telah dijalankan kempen pendidikan kesedaran orang awam mewujudkan persekitaran yang tidak menggalakkan pembiakan anjing liar?

    Majlis Perbandaran Klang ada menjalankan kempen-kempen kesedaran orang awam terhadap mewujudkan persekitaran yang tidak menggalakkan pembiakan anjing terbiar seperti:-

    • Mengedarkan risalah-risalah yang merangkumi syarat-syarat untuk memelihara anjing di kawasan Majlis Perbandaran Klang, tanggungjawab pemunya anjing, tindakan yang akan diambil jika pemunya anjing ingkar, proses penangkapan anjing dan cara bagaimana untuk mengambil kembali anjing yang telah ditangkap oleh pihak Majlis Perbandaran Klang.
    • Sebaran maklumat di dalam media cetak bagi menggalakkan orang awam mengadoptasi anjing sebagai haiwan peliharaan bagi mengurangkan populasi anjing terbiar tanpa mengabaikan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
  3. Adakah ada statistik kekerapan bilangan tangkapan berfaktor persekitaran yang bagaimana? Senaraikan mengikut lokasi.

    Tiada sebarang statistik kekerapan bilangan tangkapan mengikut faktor persekitaran. Walau bagaimanapun, statistik bilangan tangkapan mengikut kawasan boleh diperolehi. Sebagai contoh, bilangan tangkapan anjing terbiar di kawasan DUN Meru bermula dari Januari sehingga 17 Oktober 2017 adalah sebanyak 217 tangkapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.