Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
40) KAWALAN KESELAMATAN DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan keselamatan di PPR di Selangor terjamin?
Menjalankan pengurusan dan penyelenggaraan yang cekap dengan melantik kontraktor-kontraktor yang berwibawa iaitu kontraktor keselamatan bagi memastikan keselamatan harta benda awam terjaga, kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal, seterusnya kontraktor bahagian struktur awam bagi menjalankan kerja-kerja terhadap kawasan awam seperti “mainhole” dan kontraktor pembersihan dan pencucian bagi menjaga kebersihan kawasan guna sama.
-
Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan negeri bagi membekalkan pengawal keselamatan di PPR pada tahun 2014?
PPR Kg. Baru Hicom
PHSSB mula menjalankan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan keseluruhan PPR Kg. Bari Hicom bermula 01 September 2014. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pengawal keselamatan bagi tempoh September 2014 sehinggan Disember 2014 adalah RM63,364.00. Jumlah kakitangan pengawal adalah 8 orang termasuk penyelia dan dibahagikan kepada 2 syif.
PPR Kota Damansara
Jumlah perbelanjaan pengawal keselamatan bagi tahun 2014 adalah RM203,484.95. Jumlah kakitangan pengawal adalah 10 orang termasuk penyelia dan dibahagikan kepada 2 syif.
-
Bagaimanakah proses lantikan, skop kerja syarikat kawalan keselamatan oleh kerajaan negeri?
Proses lantikan kontraktor keselamatan adalah berdasarkan panggilan sebutharga di mana iklan dikeluarkan bagi mana-mana kontraktor yang berminat untuk memasuki sebutharga. Seterusnya pemilihan dibuat oleh jawatankuasa pemilihan kontraktor. Skop kerja pengawal keselamatan adalah untuk menjaga kawasan gunasama, harta awam dan harta milik pemilik.