Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

53) KAWALAN KENAIKAN HARGA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan yang telah dilakukan untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga barang ?

    Antara tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang adalah seperti berikut:-

    i) Mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022 bermula 29 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada 1 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022 bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu;

    ii) Melaksanakan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur Ayam bermula dari 5 Februari 2022 sehingga 31 Ogos 2022 bertujuan memberikan kestabilan harga kepada kedua-dua item tersebut;

    iii)   Melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) iaitu inisiatif kepada rakyat bagi mendapatkan barang keperluan dengan harga yang murah dengan kerjasama dari pasaraya dan peniaga setempat;

    iv) Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bekerjasama dengan kementerian lain terutama sekali Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam memastikan pengeluaran makanan dan barang keperluan lain dijamin bekalan dan stabil harganya; dan

    v) Mengadakan libat urus berterusan dengan industri, pengeluar, pengimport, pemborong, peruncit, persatuan pengguna dan lain-lain pihak berkaitan, tetap dijalankan dari masa ke semasa tanpa gagal.

Lampiran

Tiada Lampiran.