Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
98) KAWALAN KEBERSIHAN TAPAK PERNIAGAAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat banyak kedai atau penjaja tidak mematuhi peraturan-peraturan kebersihan seperti memasang atau membersihkan alat pelapis minyak dan menyebabkan kesumbatan longkang. Apakah rancangan yang akan dilaksanakan demi menjaga kebersihan kawasan setempat?
PBT telah menetapkan syarat-syarat kepada premis-premis penyeliaan makanan untuk menyediakan dan menyelenggara perangkap minyak serta memastikan perangkap minyak sentiasa berada didalam keadaan bersih. PBT juga menjalankan rutin pemeriksaan premis penyeliaan makanan serta memberikan gred tahap kebersihan premis berkenaan. Bagi premis yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, satu notis/kompaun tindakan penambahbaikan akan dikenakan serta-merta dan PBT akan mengeluarkan surat tunjuk sebab pembatalan lesen penyeliaan makanan yang berkaitan. Kawalan penguatkuasaan dijalankan secara berkala dan tindakan akan diambil kepada mana-mana premis makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan oleh PBT termasuk perkara berkaitan perangkap minyak. Antara perancangan/ tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Majlis telah menetapkan penggunaan ‘grease trap’ bagi setiap kedai makan yang berlesen memasang penapis minyak yang diluluskan oleh Majlis;
- Memastikan ‘grease trap’ berfungsi dengan sempurna dan diselenggara dengan baik;
- Menjalankan pemeriksaan secara berkala ke atas kedai makan dan ‘greese trap’ yang digunakan;
- Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas pemilik restoran yang tidak menyelenggara perangkap minyak dengan baik; dan
- Memastikan pemilik restoran mengamalkan program kitar semula minyak masak.