Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
184) KAWALAN JUALAN ARAK
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Didapati mekanisme jualan arak dikawal oleh penjual bukan melalui penguatkuasaan pihak berkuasa. Apakah mekanisme yang paling berkesan untuk mengawal jualan arak khasnya di kawasan majoriti orang Islam?
Lesen bagi menjual liquor atau minuman keras ini dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah dan tertakluk di bawah Akta Kastam Dan Eksais manakala PBT akan hadir sebagai ahli dan akan membuat ulasan terhadap permohonan minuman keras di kawasan masing – masing. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah, sehingga Mac 2011 sebanyak 84 unit lesen menjual minuman keras yang dikeluarkan bagi kawasan Shah Alam oleh Pejabat Tanah Klang dan Petaling. Ini termasuk lesen bagi jenis borong, runcit dan rumah awam.
-
Nyatakan jumlah permit yang dikeluarkan bagi jualan arak di Bandar Raya Shah Alam dan Bandar Baru Bangi?
PBT BIL LESEN / PERMIT MBSA 84 MPJK 2