Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
181) KAWALAN HARGA PASIR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Benarkan kenaikan harga rumah adalah disebabkan faktor kenaikan harga pasir?
Pasir hanyalah salah satu bahan yang digunakan dalam pembinaan rumah. Pada kebiasaannya, kandungan pasir dalam konkrit untuk pembinaan adalah antara 10% hingga 30%, mengikut gred dan penggunaannya. Terdapat bahan- bahan lain yang lebih menyumbangkan kepada peningkatan kos pembinaan rumah seperti simen, agregat dan besi
-
Adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengawal harga pasir agar tidak membebankan rakyat?
Harga pasaran semasa pasir adalah berdasarkan kuasa pasaran yang berkait- rapat dengan penawaran dan permintaan. Kerajaan tidak mengawal harga pasaran pasir dan ianya adalah bahan yang diperdagangkan secara