Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
14) KAWALAN HAKISAN DI PANTAI JENGKOK, SUNGAI PELEK, SEPANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal hakisan yang berlaku di Pantai Jengkok, Sungai Pelek yang mengakibatkan kerosakan harta benda kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut?
Untuk makluman, JPS Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan di bawah peruntukan Air Pasang Besar pada tahun 2017 sebanyak RM80 juta kepada JPS Malaysia. Permohonan berkenaan telah diluluskan dengan anggaran kos RM40 juta yang melibatkan 4 daerah iaitu Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor, Daerah Klang dan Daerah Kuala Langat. Namun begitu, permohonan bagi Daerah Sepang tidak diluluskan. Status semasa bagi projek ini adalah di peringkat value Assessment (VA) yang dijangka akan dibuat pada bulan April 2019.
Skop bagi projek tersebut adalah melibatkan kerja-kerja:
Perunding / In house design
Kerja fizikal pembinaan ban pantai
Anggaran kos pembinaan bagi projek kawalan hakisan pantai adalah RM5000/m. Oleh demikian, anggaran kos bagi kawalan hakisan di kawasan ini adalah RM4 juta.