Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
153) KAWALAN HAIWAN TERNAKAN DI KAWASAN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan bandar diklasifikasikan sebagai lembu liar dan tidak bertuan?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Sel. No.3 tahun 1971),menyatakan suatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagiannya merupakan kawasan larangan bagi lembu-kerbau. Justeru itu, lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan larangan boleh diklasifikasikan sebagai lembu ternakan yang tidak bertuan dan tindakan seperti tangkapan boleh dibuat ke atas lembu-lembu yang berkeliaran tersebut.
Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Sel. No.3 tahun 1971) telah menjelaskan bahawa aktiviti memelihara atau menyimpan lembu-kerbau di dalam kawasan larangan adalah ditegah. Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka termasuklah merampas haiwan ternakan tersebut. Untuk tujuan ini PBT juga mewujudkan pasukan khas yang bertindak untuk merampas lembu yang berkeliaran di kawasan awam atau kawasan larangan sekiranya terdapat aduan diterima.
Selain itu, pihak PBT juga mengambil inisiatif dengan mengadakan perjumpaan bersama penternak yang dikenal pasti membiarkan lembu ternakan berkeliaran tanpa kawalan dan seterusnya memberi amaran supaya tidak membiarkan lembu ternakan berkeliaran di kawasan awam.
-
Apakah tindakan tegas kepada pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka?
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah lembu liar ini?
Sama seperti di SUB (a)