Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
202) KAWALAN DENGGI DENGAN WOLBACHIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah lokaliti di Selangor yang telah menjalankan kawalan biologi menggunakan Nyamuk Aedes dengan Wolbachia mengikut daerah.
Terdapat 16 lokaliti yang menjalankan kaedah biologi nyamuk Aedes Aegypti atau telur berWolbachia di Selangor. Masing-masing dua (2) lokaliti di daerah Gombak dan 14 lokaliti di daerah Petaling dalam dua fasa berlainan iaitu:
Fasa Penyelidikan
Bermula pada tahun 2017 melibatkan pelepasan nyamuk Aedes Aegypti dewasa berWolbachia di tujuh (7) lokaliti dan satu (1) lokaliti pelepasan telur nyamuk berWolbachia iaitu dua (2) lokaliti di daerah Gombak dan 6 lokaliti di daerah Petaling. Penyelidikan ini dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia sehingga kini.
Fasa Pertama Pengoperasian
Melibatkan pelepasan telur nyamuk Aedes Wolbachia yang dilaksana oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bermula 7 Julai 2019 melibatkan lapan (8) lokaliti, kesemuanya di daerah Petaling.
Fasa Pengoperasian seterusnya akan ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Nyatakan kos perbelanjaan untuk melaksanakan kawalan biologi menggunakan Nyamuk Aedes dengan Wolbachia untuk satu lokaliti.
Maklumat dari pihak Institut Penyelidikan Perubatan.
- Bagi Fasa Penyelidikan yang masih berlangsung di 8 lokaliti, perbelanjaan menggunakan peruntukan dari Welcome Trust sebanyak RM3.8 juta
- Bagi Fasa Pertama Pengoperasian, sebanyak RM 1.23 juta diperlukan bagi tujuan penyediaan telur berWolbachia termasuk pemeriksaan QC bagi kajian nyamuk berWolbachia di semua 11 lokaliti terlibat termasuk tiga (3) lokaliti di Kuala Lumpur (sembilan batch pelepasan).
- Pihak KKM telah memperuntukkan sebanyak RM 126,000.00 bagi kerja-kerja pengurusan serta persediaan pelepasan telur di lapangan untuk peringkat permulaan. Ini tidak termasuk kos-kos sumber lain seperti kerja-kerja melibatkan lebih masa anggota dan lain-lain.
- Purata kos perbelanjaan untuk satu lokaliti bagi pelepasan telur Aedes aegypti berwolbachia secara operasi mulai 07 Julai 2019 ialah RM 111,772.00.
Kesannya :
- i) Penurunan kes-kes Denggi sebanyak 40% – 60% di setiap lokaliti yang melaksanakan program ini.
- ii) Fasa 2 – meliputi beberapa tempat di negeri –negeri lain di Malaysia akan bermula dalam bulan September 2019