Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

30) KAWALAN ARAK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri dikatakan menggunakan pendekatan self regulatory (kawalan sendiri) oleh premis jualan bagi kawalan penjualan arak terhadap orang Islam. Sejauh manakah mekanisme ini berjaya dilaksanakan?

    Hasil daripada mekanisme ini, telah mencetuskan pelbagai program yang disusun oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi menyedarkan masyarakat Islam kesan bahayanya arak pada setiap individu seperti program Kempen Pencegahan Arak Peringkat Negeri, Operasi Pusat Hiburan dan lain-lain.

  2. Adakah ini bermaksud pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak lagi berkuasa?

    Pihak PPA JAIS akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat dengan jelas penjualan arak melibatkan peniaga beragama Islam. Sepanjang tahun 2011 sebanyak 20 premis yang menjual arak telah pun diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan. Sebanyak 28 kes yang ditahan di bawah kesalahan yang berkaitan dengan arak telah dibawa ke Bahagian Pendakwaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.