Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

13) KAVEAT PENTADBIR TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pertimbangan pentadbiran tanah dalam mengenakan kaveat Pejabat Tanah.

    Berdasarkan kepada Seksyen 320 Kanun Tanah Negara 1965, Kaveat Pendaftar boleh dimasukkan pada mana-mana tanah untuk;

     

    • Mencegah penipuan atau urus niaga yang tak patut; atau

     

    • Melindungi kepentingan;

     

    • Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri; atau

     

    • Mana-mana orang pada pendapatnya adalah hilang upaya kerana usia kurang, sakit otak atau tidak sempurna akal atau berpuas hati bahawa orang itu tidak ada dalam Persekutuan.
  2. Senaraikan semua kaveat Pejabat Tanah yang masih berkuatkuasa sekarang serta maklumat ringkas tentang tanah-tanah yang dikaveat ini.

    Berdasarkan rekod daripada Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) sebanyak 15,847 hak milik iaitu 10,052 hakmilik Pejabat Pendaftar dan 5,795 hakmilik Pentadbir Tanah yang mempunyai kaveat pendaftar yang masih lagi Senarai Kaveat Pendaftar yang masih berkuatkuasa adalah seperti berikut;

     

    Jadual 1.1 Hakmilik Pejabat Pendaftar

     

     

    Bil Daerah Jumlah hakmilik
    1. Petaling 2,621
    2. Gombak 2,490
    3. Kuala Selangor 609
    4. Hulu Selangor 726
    5. Klang 650
    6. Kuala Langat 485

     

    7. Sepang 192
    8. Sabak Bernam 110
    9. Kuala Lumpur 3
    10. Hulu Langat 2,166
    JUMLAH 10,052

     

    Jadual 1.2 Hakmilik Pentadbir Tanah

     

     

    Bil Daerah Jumlah hakmilik
    1. Petaling 725
    2. Gombak 967
    3. Kuala Selangor 1,415
    4. Hulu Selangor 210
    5. Klang 592
    6. Kuala Langat 698
    7. Sepang 370
    8. Sabak Bernam 82
    9. Hulu Langat 736
    JUMLAH 5,795

     

    Kaveat Pendaftar dimasukkan dalam keadaan di mana untuk menghalang penipuan atau fraud berlaku ke atas sesuatu tanah tersebut. Kaveat ini juga boleh digunakan untuk memastikan pembayaran cukai atau apa-apa tunggakan yang perlu dibayar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti tuntutan hutang, hasil tanah tertunggak dan pembayaran balik pinjaman perumahan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Selain itu, kaveat ini juga dimasukkan untuk membetulkan kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam dokumen hakmilik atau suratcara lain yang berkaitan dengan tanah.

     

    Kaveat Pendaftar turut dimasukkan bagi permohonan sambung pajakan (Seksyen 197 & 76 Kanun Tanah Negara 1965) yang memilih pembayaran premium dengan kadar nominal-RM1,000.00 (Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 6 Tahun 2011)

Lampiran

Tiada Lampiran.