Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
179) KATERING DI BAWAH SUK DAN UPEN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah yang dibayar setahun kepada syarikat-syarikat katering?
Jumlah yang dibayar setahun kepada syarikat-syarikat katering bagi Tahun 2013 adalah sebanyak RM1, 086,875.70.
-
Apakah kaedah penilaian yang digunakan bagi mengukur prestasi syarikat- syarikat ini?
Kaedah penilaian yang digunakan bagi mengukur prestasi syarikat-syarikat ini adalah berdasarkan kepada:
- Penilaian harga yang telah ditetapkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2011 (Garis
Panduan Perbelanjaan Makan dan Minum Bagi Mesyuarat di Jabatan /
Agensi Negeri Selangor), iaitu dengan kadar RM 4.00 (pagi), RM8.00 (tengahari) dan RM4.00 (petang).
- Membekal makanan dan minuman mengikut kualiti harga yang ditetapkan dan kaedah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat katering tersebut.
-
Bagaimana pemilihan syarikat-syarikat ini dibuat?
Pemilihan syarikat-syarikat ini dibuat adalah berdasarkan kaedah-kaedah:
- Mengikut giliran senarai katering yang berdaftar.
- Mengikut kesanggupan katering untuk membekal makan dan minum bagi satu-satu majlis atau program.