Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

43) KANAK-KANAK TANPA KEWARGANEGARAAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan dan bilangan kes berjaya mendapat kelulusan dibawah MySel mengikut bagi tahun 2022, 2021,2022, 2023 dan 2024.

    Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel (Program MySel) dilaksana bagi memudah cara permohonan dengan memberi panduan dan maklumat saluran yang betul kepada pemohon dan membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor khususnya dalam mendapatkan dokumen pengenalan diri yang asas dan penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil kewarganegaraan.

    Peranan utama Pegawai Operasi MySel adalah untuk membantu menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan serta memastikan setiap permohonan yang dikemukakan kepada agensi dan jabatan berkenaan adalah lengkap dan teratur. Segala permohonan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Bilangan permohonan diterima di bawah Program MySel daripada tahun 2020 sehingga Oktober 2024 adalah sebanyak 5,058 kes dengan 2,178 kes telah berjaya mendapat kelulusan dan diselesaikan. Statistik permohonan kes yang diterima dan berjaya diselesaikan mengikut kaum dan kategori bagi tahun 2020 sehingga Oktober 2024 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di Lampiran.

    Berhubung pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang telah diluluskan, kita bersama-sama amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sebagai pemimpin telah mendengar keluhan dan rintihan rakyat setelah beberapa dekad. Justeru itu, Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel yang diuruskan oleh Pegawai-Pegawai Operasi yang dilantik sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu anak-anak tersebut mendapatkan hak kewarganegaraan mereka mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat sekalian, ingin saya jelaskan bahawa Pegawai-Pegawai Operasi Mysel ini hanya berupaya membantu serta membimbing mereka dari segi penyediaan dokumentasi permohonan dan borang-borang berkaitan untuk dikemukakan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Namun beigitu, mereka tiada kuasa dalam memberikan sebarang kelulusan terhadap permohonan tersebut.

  2. Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara telah diluluskan, adakah MySel sedia bantu kanak-kanak tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.