Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
179) KANAK-KANAK ISTIMEWA DAN AUTISME
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah kanak-kanak istimewa dan autisme di Selangor mengikut umur dan bangsa
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga Jun 2017, terdapat seramai 18,461 orang kanak-kanak istimewa dan autisme yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pecahan statistik mengikut umur dan kumpulan etnik adalah seperti berikut:
Kumpulan Umur Kategori OKU Autisme Kategori Kanak-kanak Istimewa Selain Autisme JUMLAH Kurang dari 6 tahun 483 1,846 2,329 7 – 12 tahun 1,765 7,607 9,372 13 – 18 tahun 414 6,322 6,736 Tidak Dinyatakan – 24 24 JUMLAH 2,662 15,799 18,461 Jadual a: Statistik kanak-kanak OKU mengikut kumpulan umur
Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Kumpulan Etnik Kategori OKU Autisme Kategori Kanak-kanak Istimewa Selain Autisme JUMLAH Melayu 1,848 11,361 13,209 Cina 557 2,506 3,063 India 199 1,583 1,782 Pribumi Semenanjung 5 147 152 Pribumi Sabah 14 59 73 Pribumi Sarawak 8 49 57 Lain-lain 31 94 125 JUMLAH 2,662 15,799 18,461 Jadual b: Statistik kanak-kanak OKU mengikut kumpulan etnik
Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
-
Nyatakan jumlah kanak-kanak istimewa dan autisme yang menerima bantuan dari Program Si Kembar dari tahun 2013 hingga kini.
Buat masa ini, maklumat penerima Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) tidak dikategorikan mengikut jenis kecacatan kerana maklumat data penerima sedia ada hanya mengambil kira jumlah pendapatan seisi keluarga.
(Sumber : Rantaian Mesra Sdn. Bhd.)