Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
347) KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sebarang perancangan untuk menambah dan mengiktiraf kampung tradisi sedia ada?
Kerajaan Negeri buat masa ini tidak berhasrat atau menjadikan penambahan bilangan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Kampung Tradisi sebagai salah satu strategi utama di dalam menangani isu jumlah penduduk kampung yang ramai. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pengecilan dan pemecahan sempadan kampung atau mewujudkan JPKK baru bukanlah satu-satunya kaedah yang boleh diambil di dalam mengatasi masalah kampung yang berkepadatan tinggi.
Merujuk kepada Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 (PHTSDNS 2035), penetapan ‘Enklaf Desa’ yang merujuk kepada baki kawasan penempatan yang masih mempunyai ciri-ciri fizikal kedesaan merangkumi landskap semula jadi bercirikan desa, seni bina rumah gaya kampung dan halaman kejiranan berkonsepkan kampung bagi sesebuah kampung memerlukan satu kajian lanjut di mana antara cadangan lain yang boleh dipertimbangkan selain pengecilan dan pecahan sempadan adalah pengekalan sempadan. Pada masa yang sama, penelitian faktor geografi, politik dan kewangan juga memainkan peranan di dalam menilai keperluan mewujudkan JPKK yang baharu.
-
Apakah terdapat sebarang usaha untuk projek pembesaran ataupun menaik taraf Kampung Tradisi Melayu sedia ada?