Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
221) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kampung-kampung Melayu dalam negeri Selangor yang telah selesai dan belum selesai dipindahkan dari tempoh 15 tahun lepas akibat daripada kekeliruan status hak milik tanah mengikut tahun?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Inisiatif program pemutihan kampung tradisi Melayu yang sedang dalam tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) adalah bertumpu kepada ‘pemutihan bangunan kediaman yang dibina di atas tanah pertanian di pinggir bandar’ seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2014 bertarikh 26 Mac 2014, serta keputusan MMKN ke 13/2017 bertarikh 05 April 2017. Inisiatif ini sedang disusuli oleh pihak PTGS yang sedang memperincikan kaedah pelaksanaan bersesuaian mengikut perundangan yang berkuatkuasa.
Walau bagaimanapun, isu-isu berkaitan kekeliruan status tanah hak milik yang melibatkan kampung tradisi Melayu, serta kampung baru Cina dan India dikendalikan secara case-by-case-basis, mengikut keperluan, oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkaitan. Sebagai contoh, hak milik yang terlibat dengan isu tanah rizab hutan, isu pengukuran, pertindihan lot dan sebagainya.
Bagi Daerah Hulu Selangor, senarai kampung-kampung yang mempunyai masalah berkaitan hakmilik tanah termasuklah Kampung Gurney (Kg. Baru Cina, Mukim Hulu Yam), Kampung Tawakal (Mukim Hulu Bernam), dan Kampung Tok Pinang Tambahan (Mukim Serendah). Kampung-kampung ini mempunyai masalah ketiadaan hakmilik, penempatan rumah / tanah tidak sepadan seperti dalam pelan tanah dan memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk kampung menyelesaikan isu yang dihadapi mereka. Pihak Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor mengambil pendekatan berkaitan perkara ini dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan tetapi ditangguhkan kerana kekurangan modal bagi menanggung kos-kos yang terlibat.
Selain itu, bagi Daerah Petaling pula, beberapa buah kampung menghadapi masalah pembetulan semula sempadan kampung yang melibatkan persempadanan semula antara Daerah Petaling dengan Daerah Sepang. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sri Puchong, Kampung Tengah B, dan Kampung Sri Langkap. Manakala bagi Kampung Sri Aman yang menghadapi masalah ketidakseragaman rumah/tanah dengan pelan hakmilik, proses pengukuran halus untuk menyelesaikan hakmilik tanah sedang giat dilaksanakan. Di samping itu, terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Batu 13 yang mempunyai masalah pemilikan bertindih antara pemilik tanah dengan pelan hakmilik yang tidak sejajar dan telah mendapat perhatian daripada Pentadbir Tanah Daerah Petaling.
-
Senaraikan secara terperinci berapa buah kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terlibat dalam kekeliruan status hak milik tanah ini dan mempunyai potensi akan dipindahkan atas faktor pembangunan/kemajuan seperti Kampung Berembang,Koskan Tambahan, Desa Mukmin Warisan dan lain-lain?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Inisiatif program pemutihan kampung tradisi Melayu yang sedang dalam tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) adalah bertumpu kepada ‘pemutihan bangunan kediaman yang dibina di atas tanah pertanian di pinggir bandar’ seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2014 bertarikh 26 Mac 2014, serta keputusan MMKN ke 13/2017 bertarikh 05 April 2017. Inisiatif ini sedang disusuli oleh pihak PTGS yang sedang memperincikan kaedah pelaksanaan bersesuaian mengikut perundangan yang berkuatkuasa.
Walau bagaimanapun, isu-isu berkaitan kekeliruan status tanah hak milik yang melibatkan kampung tradisi Melayu, serta kampung baru Cina dan India dikendalikan secara case-by-case-basis, mengikut keperluan, oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkaitan. Sebagai contoh, hak milik yang terlibat dengan isu tanah rizab hutan, isu pengukuran, pertindihan lot dan sebagainya.
Bagi Daerah Hulu Selangor, senarai kampung-kampung yang mempunyai masalah berkaitan hakmilik tanah termasuklah Kampung Gurney (Kg. Baru Cina, Mukim Hulu Yam), Kampung Tawakal (Mukim Hulu Bernam), dan Kampung Tok Pinang Tambahan (Mukim Serendah). Kampung-kampung ini mempunyai masalah ketiadaan hakmilik, penempatan rumah / tanah tidak sepadan seperti dalam pelan tanah dan memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk kampung menyelesaikan isu yang dihadapi mereka. Pihak Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor mengambil pendekatan berkaitan perkara ini dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan tetapi ditangguhkan kerana kekurangan modal bagi menanggung kos-kos yang terlibat.
Selain itu, bagi Daerah Petaling pula, beberapa buah kampung menghadapi masalah pembetulan semula sempadan kampung yang melibatkan persempadanan semula antara Daerah Petaling dengan Daerah Sepang. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sri Puchong, Kampung Tengah B, dan Kampung Sri Langkap. Manakala bagi Kampung Sri Aman yang menghadapi masalah ketidakseragaman rumah/tanah dengan pelan hakmilik, proses pengukuran halus untuk menyelesaikan hakmilik tanah sedang giat dilaksanakan. Di samping itu, terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Batu 13 yang mempunyai masalah pemilikan bertindih antara pemilik tanah dengan pelan hakmilik yang tidak sejajar dan telah mendapat perhatian daripada Pentadbir Tanah Daerah Petaling.
-
Apakah plan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di pihak kerajaan terhadap tanah-tanah, rumah-rumah dan perkampungan yang terlibat?
Pihak Kerajaan Negeri, melalui usahasama PTGS, serta UPEN Sektoral dan UPEN-SPBT, akan meneliti dan menyusuli perkara ini dengan sewajarnya.