Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
60) KAMPUNG ORANG ASLI HULU SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk kampung orang asli di Hulu Selangor pada tahun 2013. Sila berikan butir-butir.
Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM19, 980.00 bagi tujuan Kerja-kerja Mengukuhkan Tebing Sungai Roh di Kampung Orang Asli Mukim Buloh Telor Daerah Hulu
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu kampung orang asli di Hulu Selangor yang masih belum dibekalkan elektrik untuk lampu jalan?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8,000,000 di dalam bajet tahunan 2014 khusus bagi melaksanakan projek menaiktaraf / menyelenggara kemudahan asas di kampung-kampung seluruh negeri Selangor termasuklah Kampung Orang Asli. Projek tumpuan adalah meliputi projek membina / menaiktaraf jalan kampung, baik pulih balai JKKK membina / menyelenggara jambatan dan perparitan serta kemudahan asas yang
Bagi penyelenggaraan atau penyediaan lampu jalan di kawasan kampung, ia akan dinilai melalui permohonan daripada JKK kepada pihak pejabat daerah mengikut tahap kritikal / keperluan sesuatu kawasan. Pada ketika ini tiada perancangan khusus oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menyediakan lampu jalan di kawasan kampung. Permohonan yang dikemukakan perlu dinilai sewajarnya memandangkan apabila lampu jalan disediakan, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan tambahan bagi pembayaran bil bulanan. Perancangan Kerajaan Negeri lebih tertumpu pada projek-projek fizikal yang memberikan impak kepada penduduk luar bandar secara keseluruhan.