Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
41) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai Kampung Melayu tradisi?
Kerajaan Negeri pada masa kini sedang di dalam proses untuk mengiktiraf kampung-kampung tradisi yang memenuhi ciri-ciri sebagai kampung tradisi tetapi belum diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Merujuk kepada Buku Manual Panduan Kerja JKKK Negeri Selangor Darul Ehsan (September, 2001), definisi kampung adalah kampung-kampung yang mempunyai salah satu atau kombinasi dari kriteria seperti berikut:
- Kawasan yang aktivitinya 60% pertanian;
- Jumlah penduduk yang kurang daripada 10,000 orang;
- Kurang kemudahan infrastruktur;
- Terletak di luar kawasan Majlis Daerah/ Kerajaan Tempatan;
- Termasuk lingkungan kawasan kampung tradisi; atau
- Mengamalkan budaya desa dalam urusan harian di sesuatu kampung.
Sehubungan itu, untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai kampung tradisi yang diiktiraf, kriteria-kriteria seperti yang dimaklumkan perlu dipenuhi.
-
Apakah enakmen yang melibatkan kewujudan Kampung Melayu ini?
Buat masa ini, kewujudan kampung Melayu adalah tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berdasarkan kriteria-kriteria yang diberikan seperti di dalam Buku Manual Panduan Kerja JKKK Negeri Selangor Darul Ehsan (September, 2001).