Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

173) KAMPUNG DALAM RIZAB AIR/ SUNGAI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan penempatan atau perkampungan di dalam lingkungan rizab air di DUN Permatang.

    Kampung Nelayan Bagan Sungai Yu Pasir Penambang adalah sebuah kampung yang terletak di dalam lingkungan rizab air di Dun Permatang. Sebahagian besar penduduk yang tinggal di sini menetap di atas tanah hakmilik PT 820 yang dimiliki oleh Plusbury Sdn Bhd. Terdapat juga bangunan-bangunan perniagaan yang dibina di atas tanah hakmilik lain iaitu PT 821 yang dimiliki oleh Gabungan Melur Sdn. Bhd.

  2. Adakah Kerajaan Selangor mempunyai perancangan untuk memindahkan penduduk dan membuat perkampungan baru menggantikan penempatan dalam rizab air tersebut khususnya di DUN Permatang dan DUN Sungai Burong?

    Setakat ini mash belum ada perancangan untuk memindahkan penduduk dengan mewujudkan perkampungan baru di Dun Permatang dan Sungai Burong. Bagi Dun Permatang, memandangkan sebahagian besar penduduk tinggal di atas tanah hakmilik PT 820, pemilik tanah telah diminta supaya membenarkan penduduk untuk terus tinggal di situ. Pemilik tanah perlu mengadakan perbincangan dengan penduduk samada untuk menjual tanah tersebut kepada penduduk atau mengenakan sewa tapak rumah yang diduduki oleh setiap penduduk. Hal ini akan menjana pendapatan kepada pemilik tanah dalam masa yang sama mewujudkan perjanjian dengan penduduk untuk terus tinggal di situ dalam tempoh yang tertentu.

Lampiran

Tiada Lampiran.