Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
213) KAMPUNG CONTOH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri masih meneruskan pertandingan kampung contoh di Negeri Selangor sebagai perangsang kepada usaha menjaga kebersihan?
Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor merupakan satu pertandingan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri untuk melahirkan kampung tradisi yang terbaik melalui pelbagai aspek yang dipertimbangkan. Kerajaan negeri masih meneruskan pertandingan kampung contoh di Negeri Selangor sebagai perangsang kepada usaha menjaga kebersihan bagi tahun 2015.
Pertandingan ini adalah kali kedua diadakan di negeri Selangor selepas tahun 2011 di mana pada tahun tersebut sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Ketua Kampung Tradisi Terbaik dan Pertandingan Rumah Tradisional Tercantik. Pada tahun 2015, sebanyak dua (2) kategori akan dipertandingkan iaitu Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik dan Anugerah Usahawan Desa Terbaik.
-
Apakah kriteria yang digunakan untuk mengiktiraf sesebuah kampung itu sebagai kampung contoh?
Kriteria yang digunakan untuk mengiktiraf sesebuah kampung itu sebagai kampung contoh tujuh (7) kriteria yang akan dinilai oleh panel hakim adalah seperti kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan, kerohanian dan sivik serta teknologi maklumat. Selain itu, keaktifan JKKK turut diambil kira terutama bagi aspek penyediaan profil kampung yang dikemaskini, pengwujudan biro-biro dalam organisasi JKKK dan dari segi pengurusan mesyuarat JKKK di kampung tersebut.