Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

218) KAMPUNG BUNGARAYA SEKSYEN U6 SHAH ALAM – JANJI KERAJAAN KEPADA LEBIH 90 KELUARGA SEJAK 1993 (PENEMPATAN)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan sejak 2008 untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memadankan (match making) rumah kos rendah di pembangunan Unique Creation Sdn. Bhd. di Seksyen U5 Shah Alam kepada pemilik tanah Sinar Fadzilat (M) Sdn. Bhd. untuk ditawarkan kepada 90 keluarga penghuni rumah panjang Kampung Bungaraya. Namun pembangunan rumah kos rendah tersebut terbengkalai dan syarikat Unique Creation Sdn. Bhd. diisytihar bankrupt. Pembangunan tersebut telah diambil alih oleh pemaju penyelamat ECL Management Sdn. Bhd. untuk menyiapkan projek tersebut namun sehingga kini pemaju masih tidak menyelesaikan hal-hal tanah dan pelan bangunan.

  2. Apakah tindakan kerajaan yang sedang dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Tanah yang didiami oleh 90 keluarga rumah panjang Kampung Bungaraya dahulu adalah merupakan milik Sinar Fadzilat (M) Sdn. Bhd. dan telah dijual kepada Dania Emas (M) Sdn. Bhd., Pemilik tanah Dania Emas (M) Sdn. Bhd. telah menawarkan unit kediaman mampu milik yang terletak di PPRT Lembah Subang dan penduduk menolak tawaran tersebut dan enggan berpindah. Pemilk Dania Emas (M) Sdn. Bhd. telah Berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk penduduk yang terlibat mengosongkan kediaman / tanah mereka, namun penduduk masih enggan berpindah.

  3. Apakah tindakan Kerajaan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Tanah tersebut adalah merupakan milik persendirian oleh pemaju Tetuan Dania Emas (M) Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab menyelesaikan isu penempatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.