Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

23) KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur bagi Kampung - kampung Baru Cina sejak pemerintahan Pakatan Rakyat?

    Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5,476,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan sebanyak RM 3,337,983.79 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor. Manakala pada tahun 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5,400,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan sebanyak RM 4,230,308.82 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor.

     

  2. Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan kampung-kampung tersebut? Sila berikan pecahan mengikut pembangunan infrastruktur yang telah diberi sejak pemerintahan PR?

    Antara masalah yang dihadapi berkaitan dengan pembangunan Kampung Baru adalah dari segi kemudahan infrastruktur seperti longkang, jalan dan lampu jalan yang tidak sempurna. Selain itu, terdapat juga masalah dari segi kemudahan awam yang melibatkan balai raya, perpustakaan, taman permainan dan sebagainya yang perlu diselenggara dan dinaiktaraf. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada kemajuan dan naik taraf kampung baru cina mengikut pecahan adalah seperti berikut :

    (i) Tahun 2009 – Pecahan Projek Pembangunan Mengikut  PTD / PBT

     

    BIL PTD / PBT BIL

    PROJEK

    1 PTD Petaling 7
    2 PTD Klang 4
    3 PTD Gombak 7
    4 PTD Sepang 3
    5 PTD Kuala Selangor 16
    6 PTD Kuala Langat 2
    7 PTD Hulu Langat 14
    8 PTD Hulu Selangor 10
    9 PTD Sabak Bernam 16
    10 MPKJ 1
    11 MPSJ 2
      JUMLAH KESELURUHAN 82

     

     

    (ii) Tahun 2010 – Pecahan Projek Pembangunan Mengikut 

    PTD / PBT

    BIL PTD / PBT BIL

    PROJEK

    1 PTD Petaling 1
    2 PTD Klang 5
    3 PTD Gombak 7
    4 PTD Sepang 4
    5 PTD Kuala Selangor 12
    6 PTD Kuala Langat 1
    7 PTDHulu Langat 11
    8 PTD Hulu Selangor 11
    9 PTD Sabak Bernam 11
    10 MDKL 1
    11 MDSB 1
      JUMLAH KESELURUHAN 65 

    Tahun 2010 – Pecahan Projek Pembangunan

    Bil Jenis Projek Bil. Projek Peruntukan (RM)
    1 Jalan 12 1,130,541.41
    2 Jambatan & Titi 10 961,295.80
    3 Longkang 9 745,813.75
    4 Bangunan 8 542,810.13
    5 Lain-lain 26 849,847.73
    JUMLAH KESELURUHAN 65 4,230,308.82
  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan khusus untuk menambah-baikkan kampung-kampung ini?

    Kerajaan Negeri akan mengguna pakai kesemua peruntukan yang disalurkan bagi tujuan seperti menaiktaraf, menyelenggara dan membaik pulih infrastruktur serta kemudahan awam di kawasan kampung baru.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.