Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

39) KAMPUNG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam peningkatan kualiti hidup di kampung baru?

    1. Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksana beberapa program / rancangan sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti hidup di Kampung Baru. Antara program-program yang telah dan bakal dilaksanakan adalah seperti berikut:-

     

    1. Pelancaran laman web ‘I-Kampung Baru’ yang telah diadakan pada 20 Oktober 2010 di Ruang Legar Bangunan SSAAS. Dengan wujudnya ‘I- Kampung Baru’ ini, diharapkan penduduk kampung tidak ketinggalan dengan teknologi ICT yang semakin berkembang pesat selaras dengan kemajuan

     

    1. Kempen Memupuk Budaya Membaca di Kampung Baru yang telah dijalankan sepanjang Julai hingga Disember 2010. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan objektif program berjaya dicapai dengan jayanya. Kempen-kempen sebegini berupaya meningkatkan  minat dan kecekapan minda penduduk Kampung

     

    • Cadangan kajian penyelidikan mengenai “ New Villages In Selangor”. Kajian ini akan melihat peluang-peluang penambahbaikan taraf hidup penduduk Kampung Baru dari segi ekonomi,  pentadbiran  dan pengurusan

     

     

  2. Nyatakan cara pelantikan ketua kampung yang diamalkan. apakah rancangan kerajaan dalam pelaksanaan pemilihan umum di kampung-kampung baru?

     

    1. Kerajaan Negeri menggunapakai Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada, yang mana pelantikan dan penamatan jawatan seseorang Pengerusi JKKK adalah  dibuat oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Setiap Pengerusi JKKK yang dilantik akan menjalankan tugas masing- masing selama (2) tahun dan akan dinilai semula selepas satu tempoh tersebut melalui penilaian prestasi Pengerusi JKKK yang dijalankan oleh Kerajaan

     

    Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk melaksanakan  pilihanraya umum di Kampung-kampung Baru dengan pelaksanaan Projek Perintis Pilihan Raya Pengerusi JKKK yang akan dijalankan di Kampung Bagan Pulau Ketam, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Baru Sungai Jarum. Walau bagaimanapun, setakat ini Kerajaan Negeri masih di dalam proses perbincangan bersama jabatan-jabatan teknikal yang terlibat  bagi  merealisasikan  projek perintis tersebut.

  3. Apakah jumlah kos yang dibelanjakan untuk pembinaan pintu gerbang di kampung-kampung baru?

    Jumlah kos yang telah dibelanjakan bagi projek pembinaan pintu gerbang di Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor dari tahun 2009 hingga 2011 adalah sebanyak RM 362,720.51. Butiran lengkap bagi setiap projek pembinaan pintu gerbang tersebut adalah seperti di Lampiran A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.