Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
104) KAMPUNG BARU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar pembangunan kampung baru di Selangor?
Dasar pembangunan kampung baru di Negeri Selangor merangkumi pembangunan masyarakat dan fizikal yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat selaras dengan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Antara program-program pembangunan kampung baru yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Pelaksanaan projek-projek kecil infrastruktur di kawasan kampung baru bagi menjamin keselesaan penduduk.
- Pelantikan Pengerusi JKKK yang berperanan sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat kampung dan bertanggungjawab merancang, menggunakan sumber yang ada, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat yang sejahtera.
- Mengadakan program-program kesedaran seperti Program Riang Ria Membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan masyarakat setempat.
- Mewujudkan Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) bagi menggalakkan JKKK kampung untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan kampung dengan lebih efektif dan cekap.
-
Nyatakan jumlah, penduduk dan taburan kampung mengikut daerah?
Jumlah kampung baru di Negeri Selangor adalah sebanyak 78 kampung dan pecahan lengkap adalah seperti berikut :
Status Lantikan Jumlah Kampung Baru 42 Kampung Bagan 19 Kampung Tersusun 17 Jumlah 78 Taburan lengkap kampung baru mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.