Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

166) KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) SMART SELANGOR DALAM PEMBASMIAN JENAYAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini "State-wide CCTV Analytics" di bawah Smart Selangor?

    Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) kini sedang melaksana projek rintis Sistem Pengurusan Analisis Video Keselamatan dan Pengawasan di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Projek ini melibatkan 31 unit CCTV sedia ada berformat digital yang dimiliki oleh MPSJ.

    Kesemua rakaman video CCTV tersebut disalurkan ke Smart Selangor Command Centre (SSCC) terletak di Plaza Perangsang untuk dianalisis. Pada ketika ini ianya sedang dalam peringkat ujian analitik untuk pengesanan awal insiden jenayah dan kesalahan lalulintas. Projek rintis ini dijangka selesai pada bulan September 2019.

     

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan CCTV Smart Selangor dalam pembasmian jenayah?

    Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk menaiktaraf CCTV sedia ada daripada analog kepada digital dimana sistem tersebut boleh diintegrasikan dengan sistem analytic yang sedang dibangunkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Sistem ini sememangnya bertujuan untuk membasmi jenayah terutama di kawasan ‘panas’. Sistem ini juga mampu memberikan analisis video secara automatik bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil. Proses ini dilakukan menggunakan teknologi analisis pengkomputeran maju yang membenarkan pergerakan objek dan corak tertentu yang ingin dikesan dapat dikenalpasti.

  3. Berapakah sasaran bilangan CCTV di seluruh Negeri Selangor menjurus terhadap tahun 2020?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.