Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
41) KAMERA AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kamera AES dipasang di Selangor mengikut PBT?
Terdapat hanya dua (2) unit kamera AES sahaja yang di pasang di Selangor iaitu di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang seperti berikut :
Bil
Kilometer
Lokasi
1 Km 301.7 Arah Ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Utara Selatan 2 Km 6.6 Arah Ke Kajang Lebuhraya SKVE -
Apakah pendirian kerajaan terhadap inisiatif ini?
Kerajaan Negeri pada dasarnya menyokong agar penguatkuasaan undang- undang dikenakan ke atas pemandu yang memandu melebihi had kelajuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pemasangan kamera AES tersebut kerana ianya dikendalikan secara penswastaan. Kaedah ini lebih memberi keuntungan kepada pihak syarikat swasta. Selain itu, Kerajaan Negeri berpandangan pemasangan kamera tersebut perlulah merujuk kepada PBT seperti yang termaktub dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mendisiplinkan pemandu Selangor selain pendekatan kamera AES?
Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk mendidik dan mendisiplinkan untuk mendisiplinkan pemandu Selangor dengan melancarkan kempen-kempen kesedaran pemanduan terutamanya semasa menyambut perayaan yang besar.