Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

203) KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri?

    Berdasarkan maklumat perjawatan yang dikemas kini sehingga 8 November 2013, jumlah keseluruhan anggota yang berkhidmat di Jabatan / Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah seramai 21,811 orang. Perincian jumlah anggota dijelaskan di jadual berikut:

     

    Bil. Jabatan Anggota Jumlah
    Tetap Kontrak
    A. Jabatan / Agensi Negeri
    1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  

    402

     

    134

     

    567

    2. Perbendaharaan Negeri 135 53 188
    3. Pejabat Tanah dan Galian Negeri  

    300

     

    7

     

    307

    4. Pejabat Dewan Negeri 24 7 31
    5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  

    14

     

    0

     

    14

    6. Jabatan Agama Islam 2063 500 2563
    7. Jabatan Mufti 33 13 46
    8. Jabatan Perhutanan Negeri 404 0 404
    9. Jabatan Pertanian Negeri 235 0 235
    10. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri  

    196

     

    34

     

    230

     

    Bil. Jabatan Anggota Jumlah
    Tetap Kontrak
    11. Kamar Penasihat Undang- undang Negeri  

    76

     

    16

     

    92

    12. Jabatan Kerja Raya Negeri 1462 18 1480
    13. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri  

    796

     

    28

     

    824

    14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar  

    201

     

    9

     

    210

    15. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri  

    70

     

    4

     

    74

    16. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri  

    99

     

    4

     

    103

    B. Pejabat Daerah dan Tanah
    1. Petaling 184 20 204
    2. Klang 188 11 199
    3. Gombak 171 14 185
    4. Hulu Langat 172 13 185
    5. Kuala Langat 154 4 158
    6. Kuala Selangor 174 12 186
    7. Hulu Selangor 166 13 179
    8. Sepang 126 14 140
    9. Sabak Bernam 160 12 172
    C. Pihak Berkuasa Tempatan
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 812 507 1319
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya  

    1260

     

    480

     

    1740

    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya  

    1002

     

    517

     

    1519

    4. Majlis Perbandaran Klang 1340 420 1760
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya  

    632

     

    94

     

    726

     

    Bil. Jabatan Anggota Jumlah
    Tetap Kontrak
    6. Majlis Perbandaran Selayang  

    706

     

    314

     

    1020

    7. Majlis Perbandaran Kajang 667 181 848
    8. Majlis Perbandaran Sepang 357 127 484
    9. Majlis Daerah Kuala Langat 340 51 391
    10. Majlis Daerah Kuala Selangor 294 146 440
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 358 0 358
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 243 45 288
    D. Badan Berkanun Negeri
    1. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor  

    72

     

    43

     

    115

    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  

    661

     

    367

     

    1028

    3. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor  

    47

     

    29

     

    76

    4. Lembaga Urus Air Selangor 70 23 93
    5. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor  

    98

     

    31

     

    129

    6. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  

    202

     

    33

     

    235

    7. Yayasan Selangor 129 101 230
    8. Majlis Sukan Negeri Selangor  

    0

     

    36

     

    36

     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

    17295

     

    4485

     

    21811

     

  2. Apakah sistem penilaian kakitangan (appraisal system) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri?

    Sistem penilaian kakitangan (appraisal system) yang digunakan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri adalah sama sebagaimana yang diguna pakai oleh Jabatan / Agensi di peringkat Persekutuan iaitu Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

     

    Sistem penilaian prestasi LNPT ini di formulasi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui Pekeliling Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2002 (Lampiran A2 – Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam.

     

    Sistem penilaian prestasi ini melibatkan aspek-aspek serta aliran kerja berikut:

     

    • Penetapan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) bagi setiap Pegawai Yang Dinilai (PYD).

     

    Setiap penjawat awam merupakan PYD yang akan dinilai oleh dua (2) orang Pegawai Penilai (iaitu PPP dan PPK). Dua (2) orang Pegawai Penilai ini merupakan pegawai yang mempunyai gred lebih tinggi dan paling hampir serta menyelia kerja-kerja PYD sebagaimana contoh berikut:

     

    No. Pegawai Yang Dinilai Pegawai Penilai Pertama Pegawai Penilai Kedua
    1. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 Pembantu                        Pegawai Tadbir Gred N27 Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41
    2. Setiausaha Bahagian Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri

     

    1. Penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang direncanakan pada awal tahun dan kajian semula pada pertengahan tahun juga dilaksanakan bagi memantau kemajuan pelaksanaan program / aktiviti yang dirancang sepanjang

     

    • Penilaian oleh setiap Pegawai Penilai dilaksanakan melalui sistem secara atas talian iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

     

    1. Penetapan wajaran markah mengikut aspek penilaian prestasi yang bersesuaian dengan peranan setiap kumpulan

     

    1. Pegawai JUSA dan Gred Khas dinilai berasaskan aspek penilaian yang berbeza di mana penilaian JUSA lebih menitikberatkan aspek kepimpinan (wajaran markah 60%), manakala penilaian ke atas Gred Khas menitikberatkan aspek ilmu pengetahuan dan kepakaran (wajaran markah 50%). Aspek penilaian bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana lebih menitikberatkan

     

    aspek penghasilan kerja (wajaran markah 50%). Aspek penilaian dan wajaran markah bagi setiap kumpulan pegawai tersebut diringkaskan seperti jadual di bawah:

     

    Wajaran Markah Prestasi
     

     

     

    Aspek Penilaian

    Wajaran Markah %
    Kumpulan Pengurusan Tertinggi  

    Kumpulan P&P

    Kumpulan Pelaksana
    JUSA Gred Khas I II
    1. Kepimpinan 60 15
    2. Penghasilan Kerja 50 50 50
    3. Ilmu Pengetahuan dan Kepakaran 50  
    4. Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran 25 25 20
    5. Kualiti Peribadi 35 30 20 20 25
    6. Kegiatan & Sumbangan di Luar Tugas Rasmi  

    5

     

    5

     

    5

     

    5

     

    5

    JUMLAH 100 100 100 100 100

     

    1. Peranan dan fungsi Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di setiap Jabatan (yang dianggotai oleh Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan) sebagai pihak yang memastikan penilaian dibuat dengan objektif, adil dan telus. Fungsi dan bidang kuasa PPSM adalah seperti berikut:-

     

    • Mengesahkan markah penilaian prestasi seseorang PYD. Sekiranya terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh, PPSM boleh mengubah suai dan menyelaras markah berkenaan;

     

    • Memberi perhatian yang lebih teliti dan pertimbangan yang mendalam kepada PYD yang mendapat markah prestasi yang rendah untuk memastikan penilaian dibuat dengan betul dan teratur tanpa sebarang unsur penganiayaan;

     

    • Mengesyor dan menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;

     

    • Mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai;

     

    • Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan gaji, penganugerahan darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat penghargaan; dan

     

    Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan pegawai.

  3. Adakah wujudnya sistem ganjaran berdasarkan prestasi? Sila jelaskan.

    Sistem ganjaran berdasarkan prestasi sememangnya dilaksanakan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan insentif-insentif berikut:

     

    Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (sama ada Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji) kepada setiap pegawai adalah dibuat berdasarkan markah penilaian prestasi (LNPT) yang

     

    PPSM mempunyai kuasa untuk tidak memperakukan pemberian Pergerakan Gaji Biasa kepada seseorang pegawai yang didapati gagal mencapai markah prestasi LNPT yang ditetapkan, manakala pemberian Anjakan Gaji hanya boleh diberikan kepada pegawai yang memperolehi markah penilaian LNPT sekurang-kurangnya 85% dan ke atas.

     

    Pemberian anugerah-anugerah berdasarkan prestasi kepada para pegawai seperti berikut:-

    a-      Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

     

    Bil Kriteria Penjelasan
    1. Bilangan Penerima Maksimum 8% daripada jumlah pengisian jawatan di Jabatan berkenaan pada tahun penilaian
    2. Syarat Kelayakan Semua pegawai perkhidmatan awam yang:

    i-      Dilantik    secara     tetap,     sementara                  atau kontrak; dan

    ii-    Telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

    3. Asas Pertimbangan i-               Memperolehi markah LNPT 85% dan ke atas; dan

    ii-              Bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

    4. Insentif i-               Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan

    ii-             Sijil    Simpanan   Premium    /    Cek          bernilai RM1,000.00.

    5. Insentif Lain Peluang dalam pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat  Persekutuan dan Negeri.

     

    • Anugerah Pekerja Bulanan Cemerlang

     

    Anugerah ini dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing bagi menghargai perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawai dalam bulan yang berkenaan. Insentif yang diberikan kepada pegawai, sama ada dalam bentuk kewangan atau material, adalah bergantung kepada Jabatan berkenaan. Secara tidak langsung, penganugerahan ini akan turut meningkatkan tahap motivasi dan persaingan sihat di kalangan anggota dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan berada di tahap yang cemerlang.

     

    • Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri dan Persekutuan

     

    Pegawai-pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga diberikan keutamaan dalam penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (sekiranya telah memenuhi kriteria-kriteria penganugerahan yang lain), terutamanya di peringkat negeri. Nama pegawai-pegawai yang berkenaan akan turut dicalonkan bagi tujuan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di peringkat Persekutuan dan negeri lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.