Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
102) KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR MASIH BERTARAF KONTRAK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kakitangan kontrak mengikut bahagian perkhidmatan?
Bilangan kakitangan kontrak mengikut bahagian perkhidmatan seperti berikut:
Bahagian perkhidmatan Bilangan Perkhidmatan guru 432 orang Perkhidmatan bukan guru 166 orang Guru Bahasa Arab 8 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih 29 orang Jumlah keseluruhan 635 orang -
Berapakah dan bahagian manakah tempoh perkhidmatan kontrak yang terpaksa disambung semula?
Seramai 635 kakitangan kontrak di semua bahagian dan sekolah-sekolah Agama JAIS. Tiada bahagian yang ditetapkan untuk penyambungan semula kontrak. Mana-mana kakitangan yang tamat tempoh kontrak boleh dilantik semula jika terdapat keperluan dan mempunyai implikasi kewangan yang mencukupi.
-
Apakah keperluan pengambilan jawatan kontrak berdasarkan tugasan dan merujuk keupayaan perbelanjaan kewangan tahunan Jabatan?
Keperluan pengambilan jawatan kontrak berdasarkan:
- Bebanan tugas yang perlu ditanggung di Jabatan ini.
- Penubuhan bahagian baru, iaitu Bahagian Pengurusan Halal yang mana bahagian tersebut tiada waran perjawatan tetap yang perlu diisi.
- Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang baharu.
Peruntukkan kewangan mencukupi untuk menampung pembayaran kakitangan kontrak.