Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

219) KAKITANGAN AWAM MENGIKUT PBT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti kakitangan awam mengikut PBT?

    Antara langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti kakitangan awam di PST ialah :
    i) Sistem Kad Prestasi telah dikuatkuasakan sejak Oktober 2007.
    ii) Aku janji Produktiviti 2008.
    iii) ‘Star Rating’ yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan telah dilaksanakan oleh majlis Perbandaran Subang Jaya manakala di Pihak Berkuasa Tempatan lain sedang dalam proses pelaksanaan.

  2. Nyatakan program penjenamaan semula bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap khidmat PBT?

    Sagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap PST Kerajaan Negeri telah mengguna pakai Slogan “Yang Lebih Hijau, Lebih Sersih Dan Lebih Selamat”. Di samping itu PST terutamanya MPSJ sedang menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan kepada rakyat dengan memfokuskan kepada 6 kerangka utama.
    i) Pengurusan
    ii) Imej Korporat
    iii) Pembangunan Teknologi Maklumat
    iv) Pembangunan Fizikal
    v) Pembangunan Mampan
    vi) Pembangunan Kemasyarakatan

Lampiran

Tiada Lampiran.