Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

44) KAKITANGAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor mengikut pangkat, kaum dan umur secara terperinci?

    Berdasarkan rekod statistik yang dikemas kini oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 28 Oktober 2010, jumlah keseluruhan anggota Perkhidmatan Awam Negeri Selangor adalah seramai 18,485 orang merangkumi 42 Jabatan / Agensi secara keseluruhannya.

    Daripada jumlah berkenaan, berikut diperincikan jumlah anggota berdasarkan pecahan taburan umur, pangkat dan kaum :

    Bil. Julat Umur Kumpulan Pengurusan Kumpulan

    Pengurusan

    Profesional

    Kumpulan Sokongan
    1. >= 56 Tahun 6 30 643
    2. 51 – 55 Tahun 15 93 2022
    3. 46 – 50 Tahun 0 135 2093
    4. 41 – 45 Tahun 0 114 1822
    5. 36 – 40 Tahun 0 135 1664
    6. 31 – 35 Tahun 0 272 2570
    7. 26 – 30 Tahun 0 215 4176
    8. 21 – 25 Tahun 0 32 2217
    9. <= 20 Tahun 0 0 35
    10. Tiada Maklumat Umur 0 20 176
      Jumlah Keseluruhan 21 1046 17418

     

    Jadual 1 : Taburan umur dan kumpulan perkhidmatan

     

     

    Bil. Julat Umur Kumpulan Pengurusan Kumpulan

    Pengurusan

    Profesional

    Kumpulan Sokongan
    1. Lelaki 21 636 11003
    2. Perempuan   410 6415
      Jumlah Keseluruhan 21 1046 17418

     

    Jadual 2 : Taburan jantina dan kumpulan perkhidmatan

     

    Bil. Bangsa Kumpulan Pengurusan Kumpulan

    Pengurusan

    Profesional

    Kumpulan Sokongan
    1. Melayu 21 994 15306
    2. Cina 0 9 89
    3. India 0 14 1767
    4. Pakistan 0 0 3
    5. Sri Lanka 0 1 7
    6. Indonesia 0 1 21
    7. Bumiputera Sabah 0 3 7
    8. Sabah Lain-lain 0 1 3
    9. Bumiputera Sarawak 0 2 10
    10. Sarawak Lain-lain 0 0 1
    11. Orang Asli (Semenanjung) 0 0 20
    12. Lain-lain Asia 0 0 3
    13. Lain-lain 0 0 3
    14. Tiada Maklumat 0 2 178
    15. Tiada Maklumat Bangsa 0 1 0
      Jumlah Keseluruhan 21 1046 17418

     

    Jadual 3 :Taburan bangsa dan kumpulan perkhidmatan

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan pengambilan lebih kakitangan bukan Bumiputera untuk bekerja di sektor awam di Negeri Selangor?

    Dasar pengambilan kakitangan Tetap Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) adalah berdasarkan merit sepenuhnya. Tiada kuota tertentu mengikut kaum yang dilaksanakan dalam urusan pengambilan kakitangan ini.

    Pada masa ini, hebahan Iklan Kekosongan Jawatan dilaksanakan melalui akhbar perdana berbahasa Malaysia, laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor dan laman web rasmi SPANS.

    Berikutan daripada sesi taklimat yang diberikan kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 4 Ogos 2010 lalu, SPANS turut akan mengiklankan kekosongan jawatan melalui surat khabar Cina dan Tamil di masa akan datang. Selain itu, Iklan kekosongan jawatan ini turut dipaparkan melalui laman web Selangor Kini sebagai langkah mempromosikan pengisian jawatan di kalangan bukan bumiputera di Jabatan / Agensi Negeri Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.