Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
119) KAJIAN TEBATAN BANJIR KAMPUNG BATU 9 KEBUN BARU / KAMPUNG SIJANGKANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri setelah selesai kajian tersebut dilakukan disebabkan masalah banjir dan perpindahan masih kerap berlaku?
Untuk makluman, kajian tebatan banjir di Kampung Batu 9 Kebun Baru / Kampung Sijangkang masih belum dilaksanakan. Permohonan telah dipohon kepada kerajaan persekutuan dengan anggaran kos pelaksanaan fizikal projek sebanyak RM35 juta.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaiktaraf parit, longkang dan jalan raya di kawasan kajian tersebut?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran akan menaiktaraf parit, longkang dan jalan yang terlibat (lintasan air) mengikut keutamaan dan peruntukan semasa yang diperolehi yang dapat memberikan impak yang paling maksimum dalam mengatasi permasalahan banjir di kawasan yang dinyatakan. Untuk makluman, pihak jabatan juga turut mencadangkan pembinaan kolam takungan banjir sekiranya terdapat keperluan.