Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

110) KAJIAN SETAKAT MANAKAH MASJID REMAJA-SENTRIK?

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kajian yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengetahui sejauh manakah keupayaan masjid menarik golongan remaja dan belia.

    Tiada kajian yang dijalankan setakat ini.

  2. Berapa peratuskah remaja di kariah masjid/surau hadir solat berjemaah? menyertai program dan aktiviti?

    Tiada kajian menyeluruh mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun keterlibatan remaja dan belia ke program anjuran masjid semakin bertambah mutakhir ini dengan penganjuran program-program yang menjurus kepada remaja dan belia. Antara program tersebut ialah Program Daurah Remaja Islam, Kem Bestari smart Solat ,Perkhemahan Remaja, Kursus Imam Dan Bilal Muda, Sukan Masjid, Santai Belia, Rehlah, lawatan dan lain-lain.

  3. Sejauh manakah kerajaan melibat pimpinan berpengaruh tempatan termasuk ADUN dan NGO wanita?

    Dalam usaha mengimarahkan masjid dan mempelbagaikan program masjid, JAIS telah dan terus bekerjasama dengan beberapa aktivis dan pimpinan NGOS wanita contohnya NGO Muballighat, Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH), Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH), Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dan International Muslim Woman Union (IMWU).

Lampiran

Tiada Lampiran.