Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
17) KAJIAN PLAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini kajian PIPA?
Untuk makluman YB, Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah dimulakan pada Ogos 2016 dan pada Januari 2016 Kerajaan Negeri telah menerima deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Selanjutnya, Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi keterlibatan (engagement) deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor bersama pihak ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat bagi mendapatkan maklum balas dan input berkaitan pelan induk tersebut.
Maklum balas dan input tambahan melalui sesi tersebut akan diambilkira bagi memuktamadkan Laporan Akhir pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Laporan akhir ini telah disiapkan dan dijadualkan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 23 Mac 2016.
Hasil kajian selama enam (6) bulan telah mencadangkan 12 penyelesaian bagi menangani isu kesesakan lalulintas dan membantu rakyat meningkatkan aksesibiliti terhadap pengangkutan awam seperti berikut :
Jajaran/Justifikasi KTM P1 KTM Freight Line North Serendah-Klang Liputan kawasan utara Negeri Selangor
P2 KTM Freight Line South Klang-KLIA-Senawang Liputan kawasan selatan Negeri Selangor
· Menyediakan jajaran baru khas untuk sistem pengangkutan barangan dengan jumlah perhentian yang terhad untuk pengerakan yang lebih pantas. · Mengasingkan laluan utama pengangkutan awam bagi membolehkan
perkhidmatan keretapi sedia ada digunakan sepenuhnya secara efisyen untuk pergerakan penumpang.
MRT P3 MRT Circle Line 1 6 km radius dari Kuala Lumpur · Penambahbaikan kepada “MRT Circle Line” untuk kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya (MPAJ dan MBPJ). P8 MRT Extension West Sg. Buluh – Elmina West – West Coast Development · Membolehkan kawasan Selangor Vision Valley (Elmina East, Elmina West, Kota Elmina Denai Alam, Bukit Lagong) menjadi sebahagian daripada pembangunan asas MRT.
LRT P4 LRT Extension Gombak – Selayang – Kepong · Meluaskan perkhidmatan LRT/MRT sedia ada untuk kegunaan kawasan yang terletak dalam Negeri Selangor.
P5 LRT Bukit Lanjan Bandar Utama – Kepong · Membolehkan kawasan pembangunan berkepadatan tinggi di MBPJ mempunyai akses kepada perkhidmatan LRT3.
P6 LRT Circle Line North Rawang – Shah Alam (Wheel 2 North) · Untuk memberi perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 10 bandar baru yang terletak di kawasan Puncak Alam, Selangor Vision City, Bukit Subang, Bukit Jelutong dan Shah Alam (menghubungkan MRT1 dengan LRT3, BRT dan KTMB di Shah Alam)
P7 LRT Circle Line 2 South Shah Alam – Putrajaya (Wheel 2 South) · Melengkapkan jajaran P6 dengan laluan terus ke Kota Kemuning, Rimbayu sehingga ke Cyberjaya (integrasi keseluruhan koridor bahagian barat Negeri Selangor).
P9 Sunway BRT Extension USJ-Puchong · Mengintegrasi kawasan Puchong dengan USJ dan Sunway. P10 PJ PRT Bandar Utama -TTDI – PJ KTM Station · Model sistem PRT (People-Rapid-Transit) dalam bandar. · Pemilihan jajaran sebagai alternatif untuk menggantikan Lebuh raya KIDEX.
P11 LRT Extension Possible Link-Putra Height-LRT Circle Line 2 spur line
· Membolehkan keseluruhan koridor pengangkutan barat berintegrasi dengan LRT1 dan LRT 2 di Putra Height.
P12 LRT Circle Line 3 Possible long term link-Klang-Nilai · Cadangan jangka masa panjang untuk mengintegrasikan National Vision Valley (NVV) di Negeri Sembilan dengan Negeri Selangor dengan menyambungkan LRT 3 ke Teluk Panglima Garang, Tanjung Dua Belas, Salak Tinggi dan Sepang.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan PIPA berjaya?
Bagi memastikan kajian ini dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya pihak SPAD mengambilkira dan mengintegrasikan penemuan dan cadangan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor ke dalam pelan induk SPAD. Sebarang perancangan baru pengangkutan awam secara mikro seperti BRT oleh pihak SPAD perlu mengambilkira cadangan Pelan Induk
Pelan Induk ini akan dijadikan sebagai dokumen asas kepada semua agensi Kerajaan dan swasta Negeri Selangor dalam perancangan pembangunan secara menyeluruh termasuk pembangunan bandar-bandar baru dan perancangan lebuh raya dan jalan baru supaya dapat memberi sumbangan terhadap cadangan-cadangan dalam kajian ini.