Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
268) KAJIAN PENYELESAIAN TUNTAS ISU PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kronologi permasalahan pengurusan pangsapuri dari waktu siap dibina hingga diserah kepada penduduk di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang.
Kronologi daripada Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Klang berhubung permasalahan pengurusan pangsapuri bermula daripada waktu siap dibina hingga diserah kepada penduduk di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang adalah seperti di LAMPIRAN
-
Sila nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah secara tuntas di Pangsapuri Sri Perantau.
Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program “Memberdayakan Komuniti” untuk membantu menyelesaikan masalah secara tuntas bagi semua pangsapuri kos rendah dengan penekanan kepada 3 aspek pengurusan seperti berikut:
- Pengurusan FIZIKAL
- Pengurusan KOMUNITI
- Pengurusan KEPIMPONAN
Sehingga kini, pencapaian pelaksanaan bagi 13 program “Memberdayakan Komuniti seperti di LAMPIRAN B.
-
Bilakah dijangka isu JMB pangsapuri kos rendah boleh diselesaikan?
Faktor kejayaan bagi penyelesaian isu-isu JMB tidak boleh diletakkan ke atas bahu Kerajaan Negeri semata-mata. Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan
kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni”. Walau apa usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, tetapi penduduk tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka maka isu JMB tidak akan dapat diselesaikan.