Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

91) KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk menaiktraf persimpangan di antara Lebuhraya SILK, Lebuhraya Sg Besi dan Jalan Besar, Seri Kembangan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT3215, Jalan Putra Permai. Permohonan untuk menaiktaraf jalan tersebut telah di angkat di bawah Rolling Plan 1, RP1 dan Rolling Plan 2, RP2 Rancangan Malaysia Ke-Duabelas (RMKe-12) namun tidak mendapat kelulusan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun permohonan bagi projek berkenaan akan diangkat semula di bawah Rolling Plan 4, RP4 Rancangan Malaysia Ke-Duabelas (RMKe-12) untuk tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.