Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

331) KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah melakukan kajian berkenaan tahap kesesakan lalu lintas di seluruh bandar-bandar di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga agensi telah melakukan beberapa kajian berkenaan tahap kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan seperti berikut:

     

    MBSA

     

    • Kajian semakan semula penyuraian lalulintas dipersimpangan bulatan Anggerik Mokara dan Anggerik Vanilla Kota Kemuning Seksyen 31 Shah

     

    • Penyediaan laporan penyuraian lalu lintas cadangan merekabentuk dan membina hentian akhir bandar (HAB) dan teksi di atas lot No. 3 & 5 Jalan Jenulung 17/21, Seksyen

     

    • Kajian semakan semula penyuraian lalulintas di Persiaran

     

     

    MBPJ

     

    • Kajian Pengangkutan Petaling

     

    • Kajian Sistem Laluan dan Pengangkutan Awam RKK PJU, SS, PJS

     

    • 5 Kajian Sektoral untuk menangani masalah lalulintas secara lebih “localize”.

     

    • Laporan Kesan Impak Trafik (TIA).

     

    • Kajian semula Penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya dengan mengambilkira aspek pengangkutan

     

     

    JKR

     

    i) Kajian trafik untuk mengenalpasti  kesesakan  di  Jalan  Meru,  Persiaran Hamzah Alang dan Jalan

     

  2. Nyatakan hasil dapatan dari kajian tersebut jika ia dilakukan?

    Hasil dapatan dari kajian-kajian tersebut adalah seperti berikut:

     

    MBSA

     

    • Menyediakan sistem lampu isyarat bagi mengawal lalulintas dipersimpangan serta menambah bilangan lorong dipersimpangan pada bulatan Persiaran Anggerik Mokara-Vanilla (Fasa 1).

     

    • Menyediakan jejantas bagi mengawal lalulintas di persimpangan serta menambah bilangan lorong di persimpangan berlampu isyarat pada bulatan Persiaran Anggerik Eria-Vanilla/Anggerik Mokara- Oncidium/Anggerik Mokara-Aranda (Fasa 2).

     

    • Penukaran Jalan Jenulung 17/21 dari jalan dua hala ke jalan sehala (ke arah timur).

     

    • Penyediaan sistem lampu isyarat secara ‘vehicle actuated’ dan penambahbaikan lorong membelok sedia ada di persimpangan Persiaran Jubli Perak/Jalan Jelawat 17/1.

     

    • Penukaran arah alliran lalulintas di kawasan ‘drop-off/pick-up’

     

    • Penyediaan laluan masuk sahaja dari Jalan Baung 17/22 ke kawasan

     

    • Jalan keluar masuk dari HAB ke Jalan Jenulung ditukar  kepada jalan

     

    • Mengadakan sistem berlampu isyarat di Bulatan Selangor dan Sejahtera (termasuk pelebaran lorong).

     

    • Membina jejambat untuk keluar dari Persiaran Tengku Ampuan ke Bulatan Melawati ke arah Lebuhraya

     

    MBPJ

     

    • 2 lebuhraya iaitu Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya SPRINT ke Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) dimana analisis pada waktu puncak pagi – 2% kenderaan dari Klang/Shah Alam menggunakan Lebuhraya

     

    • Persekutuan ke Kuala Lumpur menyebabkan kesesakan lalulintas.

     

    • Analisis laluan pilihan untuk Lebuhraya SPRINT menunjukkan perjalanan bermula dari Petaling Jaya menggunakan laluan itu memberi impak besar kepada isipadu kenderaan di Lebuhraya

     

    • Analisa Prestasi Persimpangan

     

    • Analisis dijalankan bagi persimpangan yang dipilih mengikut stesen banci lalulintas di jalan – jalan utama Petaling

     

    • Tahap persimpangan dianalisa dengan menggunakan perisian SIDRA (Signalised and Un-signalised Design Research Aid) berdasarkan konfigurasi persimpangan semasa dan jumlah trafik yang diperolehi daripada bancian lalulintas yang

     

    • Tahap perkhidmatan persimpangan (LOS) yang diperolehi berdasarkan nilai darjah ketepuan (Degree of Saturation) pada tahap paling teruk untuk mana-mana pergerakan kenderaan di persimpangan

     

    • Analisa di 50 lokasi

     

     

    • Prestasi persimpangan pada waktu puncak

     

    • 12 persimpangan mencapai tahap perkhidmatan (LOS) F pada waktu puncak pagi dan 7 persimpangan mencapai tahap perkhidmatan (LOS) F pada waktu puncak

     

    • 10 persimpangan mencapai tahap perkhidmatan (LOS) E pada waktu puncak pagi atau waktu puncak petang dan dijangka boleh mencapai LOS F pada masa

     

    • Cadangan Awal Penambahbaikan Persimpangan
      • Mengubahsuai susunatur persimpangan
      • Menambah bilangan lorong
      • Mengubah masa kitaran lampu isyarat
      • Menggunakan lampu   isyarat    berpandukan   trafik    (vehicle actuated traffic signals
      • Sistem kawalan trafik berpusat

    JKR

     

    1. i) Telah mengenalpasti beberapa cadangan untuk  penambahbaikan  kesesakan yang disebabkan oleh pertambahan bilangan trafik melebihi tahap keupayaan jalan terutama pada waktu

Lampiran

Tiada Lampiran.