Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

161) KAJIAN-KAJIAN OLEH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan senarai kajian-kajian yang ditelah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui jabatan dan jawatankuasa tetap negeri sejak 2013 hingga kini.

    Kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dari tahun 2013 hingga kini adalah seperti berikut:

    TAHUN 2013

    1. Penyediaan laporan Pencemaran Influent Kolam Udang Harimau oleh Lembaga Urus Air Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM100,000.00.

     

    1. Kajian/ Pandangan (Second Opinion) Berhubung Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM35,000.00.

     

    1. Kajian Forensik untuk mengenal pasti tahap keselamatan bangunan, tahap integriti tembok JPS dan punca rekahan tanah di kawasan tempat letak kereta serta penyelesaian pembaikan jangka panjang pangsapuri Indah Ria No.4 Taman Impian Jalan Batu 3 Sungai Buloh, Seksyen 22 oleh Juruperunding Ikram yang menggunakan peruntukan sebanyak RM296,347.53.

     

    1. Kajian Cadangan Pembentukan Dasar Belia Negeri Selangor oleh Universiti Putra Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM261,414.00.

     

    1. Kajian Mendapan Tanah Oleh UPUM Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM122,500.00.

     

    1. Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor Oleh KI Integrated Consultants Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM303,686.38.
    2. Kajian Geoteknikal Dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Batu Caves, Selayang Untuk Kerajaan Negeri Selangor Oleh Universiti Teknologi Mara yang menggunakan peruntukan sebanyak RM300,000.00.

     

    TAHUN 2014

    1. Integrated Solid Waste Management Study oleh PE Research Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM209,880.00.

     

    1. Kajian Impak Sosial Terhadap Pemindahan Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Sg Besi ke Sg Tinggi, Hulu Selangor oleh UNISEL yang menggunakan peruntukan sebanyak RM65,500.00.

     

    1. Kajiselidik Penilaian Asas (Baseline Study) dan Pengesanan (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM696,000.00.

     

    1. Laporan Ekonomi Negeri Selangor Tahun 2013/2014 Oleh Research Management Institute yang menggunakan peruntukan sebanyak RM99,815.60.

     

    1. Data Demografi Negeri Selangor dan Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan 2013/2014 Oleh Research Management Institute yang menggunakan peruntukan sebanyak RM78,257.04.

     

    TAHUN 2015

     

    1. Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah Dan Kaum Serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bagi Negeri Selangor oleh UNISEL dan UTAR yang menggunakan peruntukan sebanyak RM438,600.00.

     

    1. Cadangan Projek Perintis Kitar Semula (Recycling Pilot Project) Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan oleh PE Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM387,366.00.

     

    1. Kajian Penyelidikan Pemuliharaan Genetik Kelip-kelip di Kuala Selangor oleh Forest Research Institute Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM320,436.00.

     

    1. Kajian dan Aktiviti Konservasi Hidupan Liar Negeri Selangor oleh Jabatan Perhilitan Negeri Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM145,380.00.

     

    1. Kajiselidik Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM440,000.00.

     

    TAHUN 2016

     

    1. Kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study for Selangor oleh SMHB Sdn. Bhd yang menggunakan peruntukan sebanyak RM2,500,000.00.

     

    1. Kajian Pengurusan Sampah di MPK oleh PE Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM348,804.00.

     

    1. Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor oleh MAG Technical & Development Consultants Sdn. Bhd yang menggunakan peruntukan sebanyak RM341,507.39.

     

    1. Laporan Ekonomi 2015/2016 oleh Malaysian Institute of Economic Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM109,606.12.

     

    1. Kajian Geoteknikal dan Penilaian Risiko Kestabilan Cerun Bukit Jugra, Kawasan Sekitar dan Pelan Tindakan Untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan oleh Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM511,833.72.

     

    1. Kajian Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor oleh Universiti Putra Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM476,024.78.

     

    1. Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dan Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam oleh Lembaga Urus Air Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM800,000.00.

     

    TAHUN 2017

    1. Kajian Pemantauan Populasi Kelip-kelip di Sungai Selangor oleh Forest Research Institute Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM390,060.00.

     

    1. Kajiselidik Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM987,000.00.

     

    1. Penyelidikan dan Pembangunan Produk Berteknologi Hijau Berasaskan Mikrob-hibrid Dalam Menangani Permasalahan Pengurusan Sisa Makanan Pepejal di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM20,000.00.

     

    1. Coastal Food Resources and Gavesting Sides On Pulau Carey Selangor oleh Universiti Putra Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.

     

    1. Laporan Ekonomi oleh Malaysian Institute of Economic Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM130,586.17.

     

    1. Kajian Mengenai Kempen Bebas Plastik oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM70,000.00.

     

    1. Kajian Inventori Hidupan Liar oleh Jabatan Perhilitan Negeri Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM259,000.00.
  2. Apakah tujuan dan hasil setiap kajian-kajian yang telah dilaksanakan?

    Tujuan dan hasil setiap kajian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Memperkasakan dasar-dasar kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyelaras penyediaan perancangan strategik negeri dan penyediaan pelan pembangunan negeri.
    • Menentukan hala tuju dan perancangan pembangunan yang akan datang.
    • Menyediakan laporan ekonomi negeri.
    • Memantau pelaksanaan pelan pembangunan.
    • Mengumpul serta menerbitkan maklumat asas negeri.
    • Mengukur kepuasan perkhidmatan kepada rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan.
    • Mengenal pasti kesan-kesan terhadap pembangunan sesuatu kawasan sedia ada ataupun yang baru.
    • Beberapa kajian lapangan dan kajian impak dibuat bagi memastikan program atau aktiviti yang dilaksanakan memberikan impak yang positif serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

     

  3. Berapakah peruntukan kewangan yang digunakan untuk semua kajian-kajian tersebut?

    Peruntukan kewangan yang digunakan untuk semua kajian tersebut adalah seperti berikut:

    Tahun JUMLAH

    (RM)

    2013 1,418,947.91  
    2014 1,149,452.64  
    2015 1,731,782.00  
    2016 5,087,776.01  
    2017 1,866,646.17  

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.