Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

33) KAJIAN BIDANG PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor menjalankan kajian impak pembangunan projek mega di Selangor?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek mega yang terdapat di Negeri Selangor seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Projek LRT3 dan MRT3 adalah projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kajian-kajian impak sekiranya ada dilaksanakan, tentunya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hanyalah melibatkan kerja-kerja membina baru atau menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan raya, projek tebatan banjir, pembinaan bangunan-bangunan sekolah, rumah ibadat dan perpustakaan.

    Kajian-kajian yang terlibat bagi pelaksanaan projek infrastruktur ini lebih menjuruskan kepada kajian di peringkat pra pelaksanaan seperti kajian trafik bagi projek-projek naiktaraf jalan sediada mahupun pembinaan jalan baru.

    Antara contoh projek-projek telah menjalankan kajian trafik adalah seperti berikut:

    • Membina Jalan Alternatif Dari Shah Alam – Banting, Klang (Fasa 1) dengan kos sebanyak RM72,000,000.00 (Tahun 2018)
    • Membina Jalan Dari Kampung Ulu Chuchuh ke KLIA dengan kos sebanyak RM150,000,000.00 (Tahun 2021)
    • Menaiktaraf Jalan bukit Rimau Daerah Klang – (Pakej 1 dan 2) dengan kos sebanyak RM102,180,000.00 (Tahun 2022)
    • Menaiktaraf Jalan B48 Dari Simpang Tiga Jenderam Ke Pekan Sepang Lama (Pakej A dan Pakej B) – dengan kos sebanyak RM200,000,000.00 (Tahun 2017)

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP) pada tahun ini untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek Kerajaan Negeri. Antara skop tugas unit SIAP ini antaranya adalah melaksanakan kajian impak terhadap projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.  Justeru, pada masa hadapan Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan kajian impak terhadap program / projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk melihat keberkesanan pelaksanaan sesuatu program / projek.

  2. Berapakah kajian dan penyelidikan telah dijalankan dalam tempoh tahun 2018- 2022?

  3. Sila kemukakan senarai jawapan (b) tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.