Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

63) KAJIAN BIDANG PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor menjalankan kajian impak pembangunan projek mega di Selangor?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor belum menjalankan sebarang kajian mengenai impak pembangunan projek mega di Selangor.

  2. Berapakah kajian dan penyelidikan telah dijalankan dalam tempoh tahun 2013- 2016?

    Sebanyak 24 kajian dan penyelidikan telah dijalankan dari tahun 2013 hingga 2016, merangkumi tujuh (7) kajian bagi 2013, lima (5) kajian bagi 2014, lima (5) kajian bagi 2015 dan tujuh (7) bagi 2016.

  3. Sila kemukakan senarai jawapan (b) tersebut

    Kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dari tahun 2013 hingga 2016 adalah seperti berikut:

    TAHUN 2013

    1. Penyediaan laporan Pencemaran Influent Kolam Udang Harimau oleh Lembaga Urus Air Selangor.
    2. Kajian / Pandangan (Second Opinion) Berhubung Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.
    3. Kajian Forensik untuk mengenal pasti tahap keselamatan bangunan, tahap integriti tembok JPS dan punca rekahan tanah di kawasan tempat letak kereta serta penyelesaian pembaikan jangka panjang pangsapuri Indah Ria No.4 Taman Impian Jalan Batu 3 Sungai Buloh, Seksyen 22 oleh Juruperunding Ikram.
    4. Kajian Cadangan Pembentukan Dasar Belia Negeri Selangor oleh Universiti Putra Malaysia.
    5. Kajian Mendapan Tanah Oleh UPUM Sdn. Bhd.
    6. Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor Oleh KI Integrated Consultants Sdn. Bhd.
    7. Kajian Geoteknikal Dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Batu Caves, Selayang Untuk Kerajaan Negeri Selangor Oleh Universiti Teknologi Mara.

    TAHUN 2014

    1. Integrated Solid Waste Management Study oleh PE Research Sdn. Bhd.
    2. Kajian Impak Sosial Terhadap Pemindahan Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Sg Besi ke Sg Tinggi, Hulu Selangor oleh UNISEL.
    3. Kajiselidik Penilaian Asas (Baseline Study) dan Pengesanan (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Oleh Merdeka Center For Opinion Research.
    4. Laporan Ekonomi Negeri Selangor Tahun 2013/2014 Oleh Research Management Institute.
    5. Data Demografi Negeri Selangor dan Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan 2013/2014 oleh Research Management Institute.

    TAHUN 2015

    1. Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah Dan Kaum Serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bagi Negeri Selangor oleh UNISEL dan UTAR.
    2. Cadangan Projek Perintis Kitar Semula (Recycling Pilot Project) Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan oleh PE Research.
    3. Kajian Penyelidikan Pemuliharaan Genetik Kelip-kelip di Kuala Selangor oleh Forest Research Institute Malaysia.
    4. Kajian dan Aktiviti Konservasi Hidupan Liar Negeri Selangor.
    5. Cadangan Kajiselidik Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research.

    TAHUN 2016

    1. Kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study for Selangor oleh SMHB Sdn. Bhd.
    2. Kajian Pengurusan Sampah di MPK oleh PE Research.
    3. Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor oleh MAG Technical & Development Consultants Sdn. Bhd.
    4. Laporan Ekonomi 2015/2016 oleh Malaysian Institute of Economic Research.
    5. Kajian Geoteknikal dan Penilaian Risiko Kestabilan Cerun Bukit Jugra, Kawasan Sekitar dan Pelan Tindakan Untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan oleh Kumpulan Ikram Sdn. Bhd.
    6. Kajian Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor oleh Universiti Putra Malaysia.
    7. Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dan Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam oleh Lembaga Urus Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.