Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

20) KAFA MENENGAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep operasi KAFA sedia ada berbanding KAFA Menengah?

    Konsep operasi KAFA sedia ada dan KAFA Menengah adalah seperti berikut:-

    KAFA RENDAH KAFA MENENGAH
    1- Murid berumur dari 7 -12 tahun 1- Murid berumur dari 13 hingga 16 tahun
    2- Murid           Sekolah         Rendah

    Kebangsaan

    2- Murid        Sekolah      Menengah

    Kebangsaan yang berhampiran

    3- Pelaksanaan Sekolah 5 hari seminggu 3- Pelaksanaan sekolah adalah 3 hari satu minggu
    4- Kurikulum Al-Quran, Fardhu Ain dan Bahasa Arab 4. Kurikulum al-Quran dan fardhu ain
    5- Operasi berjalan di bangunan sendiri, di masjid, di surau 5.Operasi berjalan di bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA ), masjid dan Surau
      6- Menampung pelajar yang gagal masuk ke Sekolah Agama

    Menengah

  2. Di manakah kawasan akan dibina KAFA ini?

    KAFA Menengah ini sedang diusahakan untuk beroperasi di Sekolah-sekolah Rendah Agama berikut :-

    1. Bukit Sentosa Fasa 1, Hulu Selangor,
    2. Bandar Tasik Puteri, Gombak
    3. Saujana Utama, Kuala Selangor
    4. Jalan Kebun, Klang
    5. Bandar Bukit Puchong, Sepang
    6. Medan Harun, Petaling
    7. Kampung Medan, Kuala Langat
    8. SRA. Pandan Indah, Hulu Langat

Lampiran

Tiada Lampiran.