Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

172) KAEDAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan detail jumlah bilangan kawasan pelupusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh setiap PBT?

    Bilangan kawasan pelupusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh PBT seperti di

    Lampiran 1.
    Lampiran 1

     

    Bil. Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian
     

     

    1.

     

    Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntong

     

     

    100-120

    tan/sehari

     

     

    2007

     

    Sehingga tahun 2018

    (11 tahun)

     

     

    Majlis              Daerah Hulu Selangor

     

     

    2.

     

    Tapak Pelupusan Secara Terbuka Sungai Sabai

     

     

    80-100

    tan/sehari

     

     

    2001

     

    Sehingga tahun 2018

    (17 tahun)

     

     

    Majlis              Daerah Hulu Selangor

     

     

    3.

     

    Tapak Pelupusan Secara Terbuka Panchang Bedena

     

     

    60

    tan/sehari

     

     

    1984

     

    Sehingga tahun 2023

    (39 tahun)

     

     

    Majlis              Daerah Sabak Bernam

    ***sumber:  Pihak Berkuasa Tempatan

     

  2. Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh PBT dan apakah keberkesanannya?

    Buat masa ini bagi proses akhir pengurusan sampah, PBT masih menggunakan kaedah tapak pelupusan seperti tapak pelupusan sanitari, sisa lengai dan terbuka untuk melupuskan sampah setiap hari di dalam Negeri Selangor. Terdapat tiga (3) buah tapak pelupusan sanitari; tiga (3) tapak pelupusan sisa lengai; dan tiga (3) tapak pelupusan terbuka di dalam Negeri Selangor. Tapak- tapak pelupusan ini mampu menampung kapasiti sisa pepejal yang dianggarkan sebanyak 5000 tan sehari dan kos operasi yang rendah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang giat berusaha mengkaji dan meneliti kaedah yang terbaik dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal kerana tapak pelupusan ini tidak akan dapat digunakan selama-lamanya.

     

  3. Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan mesra alam?

    Kerajaan Negeri Selangor sememangnya sangat prihatin kepada masalah pelupusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sedar bahawa kaedah pelupusan sedia ada tidak lagi sesuai kerana masalah-masalah seperti pencemaran serta kekurangan tanah untuk sediakan kawasan tapak pelupusan yang semakin luas. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan untuk membuat kajian lanjut yang lebih terperinci tentang kesesuaian teknologi insinerator atau seumpamanya untuk perancangan jangka panjang. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dan diperhalusi seperti jenis teknologi yang akan digunapakai, modul kewangan, kesan jangka panjang kepada sistem tersebut, impak sosial, impak alam sekitar dan sebagainya. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor sangat menitik beratkan akan kepentingan orang awam sebelum

     

    keputusan muktamad mengenai penggunaan teknologi yang lebih baik daripada sistem tapak pelupusan sanitari.

Lampiran

Tiada Lampiran.