Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
16) KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menaikkan kadar sumbangan Khairat Kematian kepada RM1,000.00?
Sehingga tahun terkini, kerajaan Negeri masih mengekalkan kadar sumbangan sedia ada iaitu RM500 bagi setiap waris Ahli SMUE. Selain dari itu, kerajaan Negeri juga memberi insentif semasa Ahli SMUE yang masih hidup iaitu baucar membeli belah yang bernilai RM100 setiap tahun semasa ulangtahun kelahiran.
Dengan mengambilkira semua komitmen Kerajaan Negeri Selangor kini, tiada cadangan untuk penambahan kadar sumbangan Khairat kematian SMUE. Walaubagaimanapun, perkara ini boleh dibincangkan di masa akan datang.