Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

14) KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lawatan Kerajaan Negeri berkaitan kaedah pelupusan sampah di negara lain sejak 2008

    Sebanyak lapan (8) siri lawatan kerja ke luar negara telah dilaksanakan sejak tahun 2008 iaitu seperti berikut (Lampiran 1). Untuk makluman, sejak MMKN Ke 9/2013 bersetuju supaya task force pengurusan sisa pepejal diwujudkan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Task Force Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor yang berfungsi melaksanakan Kajian Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor termasuklah melihat kaedah teknologi pelupusan sampah sedia ada di pasaran yang telah digunapakai oleh lain-lain

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan kaedah pelupusan sampah yang tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar selain daripada tapak pelupusan sanitari? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Ya, pelbagai kaedah pelupusan sampah boleh didapati di pasaran pada masa kini. Namun, Kerajaan Negeri perlulah terlebih dahulu meneliti dan mengkaji pelbagai aspek yang merangkumi keadaan semasa pengurusan sisa pepejal; mengenalpasti perbandingan pilihan-pilihan (options) yang ada bagi mengoptimumkan sistem pengurusan sisa pepejal dari sudut ekonomi, teknikal, peringkat perkhidmatan dan kekangan; dan mengambil kira semua senario diperingkat makro termasuk pengisihan, kutipan, penghantaran dan rawatan serta tidak memberikan impak negatif kepada alam

    Lampiran 1

     

    Bil. Tahun/

    Tarikh

    Senarai Sesi Lawatan Ke Luar Negara Negara
     

     

     

     

    1.

     

     

     

     

    2008

     

    Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Ke Chengdu, China

    1.  Mechanical Biological Treatment Plant;

    2.  Loji WTE;

    3.  Composting Plant;

    4.  Thermal Conversion Plant dan

    5.  Biomass Plant

     

    China

     

     

     

    2.

     

     

     

    2009

     

    Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Ke Shanghai, China untuk melihat:-

    1.  Keberkesanan teknologi pelupusan;

    2.  Perkongsian / Pembekal teknologi;

    3.  Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal

     

    China

     

     

     

    3.

     

     

     

    2010-

    2011

     

    Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan ke Eropah untuk

    1.  Mencadangkan dan memperkenalkan konsep loji WTe kepada Kerajaan Negeri Selangor;

    2.  Menjalin kerjasama & melihat teknolgi syarikat dari German

     

    German & Netherland

     

     

    4.

     

     

    2012

     

    Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Ke Netherland

    1.  Program Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal;

    2.  Menghadiri persidangan / seminar

     

    Netherland

     

     

    5.

     

     

    12-13

    Februari 2014

     

    1.  Lawatan Kerja Bagi Melihat Teknologi Loji Tenaga Sisa di Tuas Selatan; dan

     

    2.  Lawatan Kerja Bagi Melihat Teknologi Loji Biomassdi Garden by the Bay

     

    Singapura

     

     

    6.

    27

    Februari

    6 Mac

    2014

    Lawatan Kajian Perbandingan Teknologi Segmen 1: Eropah

    1. Loji Material Recovery Facilities (MRF) di Octendung;

     

     

    German

     

        2.  Loji Tenaga Sisa (WTE) KVA Linthgebiet Niederurnen; dan

     

    3.  Loji Tenaga Sisa (WTE) di Parma

    Switzerland

     

     

    Italy

     

     

     

     

    7.

     

     

     

    18 – 25

    Mei 2014

     

    Lawatan Kajian Perbandingan Teknologi Segmen 2: Asia

    1.  Loji Tenaga Sisa (WTE) di Neuhu;

    2.  Tzu Chi Recycling Plant di Neuhu

    3.  Pusat MRF di Xiamen

    4.  Loji MRF di Xiamen

    5.  Tang Zhen Waste Transfer Station

    6.  Meishang MBT Plant City

     

     

    Taipei

     

     

    China

     

     

     

     

     

    8.

     

     

     

     

    23 – 25

    Julai 2015

     

    Lawatan Kerja Delegasi Kerajaan Negeri Selangor ke Bangkok

    1.    Lawatan MSW to Fertilizer Processing Plant di Samut Prakarn, Bangkok Selatan

    2.    Lawatan Negative Pressure Building for Bio-Waste di Ayutthaya, Bangkok Utara

    3.    Lawatan ke Loji Biogas (Swine Waste) Ayuttaya, Bangkok Utara

     

     

    Thailand

     

Lampiran

Tiada Lampiran.